83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Januari 2023                  Analisis Sesi Pagi

Dolar AS menjunam selepas data inflasi penting diumumkan.

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum bearish yang ketara berikutan risiko inflasi di AS telah menurun, yang meningkatkan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar yang lebih rendah oleh Fed. Menurut kepada Biro Statistik Buruh AS, US Consumer Price Index (CPI) MoM bagi Disember telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.1% ke -0.1%, yang merupakan penurunan pertama sejak Jun 2020. Pada tahun lepas, bank pusat AS telah menaikkan kadar faedah secara agresif kerana mereka komited untuk mengurangkan risiko inflasi yang meningkat. Setakat ini, laluan kenaikan kadar telah memberikan kesan yang diingini, serta peserta pasaran menjangkakan bahawa Fed mungkin akan menaikkan kadar daedah dengan lebih rendah. Bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh Dolar AS adalah terhad selepas ahli Fed mengulangi pendirian kenaikan kadar yang agresif. Presiden Fed St. Louis James Bullard mendakwa pada semalam bahawa sasaran inflasi telah menuju ke arah yang betul. Namun begitu, beliau mencadangkan bank pusat AS untuk meningkatkan kadarnya melebihi 5% secepat mungkin berikutan inflasi kekal jauh melebihi sasaran 2% Fed. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.90% ke 102.00.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.05% ke $78.25 setong semasa penulisan. Semalam, harga minyak melonjak berikutan pengurangan risiko inflasi di AS telah mengurangkan kebimbangan mengenai kemelesetan. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1897.64 se-troy auns setakat penulisan di tengah-tengah kelemahan Dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – GDP (YoY) 1.5% 0.3%
15:00 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Nov) 0.70% -0.20%

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang bekurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 102.05, 103.20

Tahap sokongan: 100.55, 99.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepa ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.2335, 1.2535

Tahap sokongan: 1.2135, 1.1955

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.0890, 1.1040

Tahap sokongan: 1.0740, 1.0600

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 129.35, 132.60

Tahap sokongan: 126.65, 123.65

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.7050, 0.7140

Tahap sokongan: 0.6955, 0.6830

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.6460, 0.6560

Tahap sokongan: 0.6360, 0.6260

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3500, 1.3685

Tahap sokongan: 1.3320, 1.3155

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.9400, 0.9550

Tahap sokongan: 0.9235, 0.9065

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 81.50, 85.20

Tahap sokongan: 77.25, 73.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1902.05, 1918.90

Tahap sokongan: 1877.80, 1855.40