13 Januari 2023 Analisis Sesi Petang
Pound melonjak menjelang data GDP di UK.
Pound sterling, yang kebanyakannya didagangkan oleh pelabur global, melanjutkan keuntungannya semasa sesi dagangan awal Asia apabila data CPI AS yang lemah meningkatkan daya tarikan aset yang lebih berisiko. Menurut Biro Perangkaan AS, CPI negara menjunam daripada bacaan bulan sebelumnya sebanyak 7.1% ke 6.5% pada bulan Disember 2022. Tekanan inflasi terus berkurangan pada Disember di tengah-tengah kejatuhan mendadak dalam harga tenaga, terutamanya harga petrol. Dengan itu, pasangan GBP/USD melonjak menjelang pengumuman data GDP. Pada ketika ini, data GDP UK sangat difokuskan oleh para pelabur kerana data tersebut boleh memberikan gambaran lanjut tentang prestasi ekonomi UK. Sebelum itu, Bank of England (BoE) telah memberikan pandangan yang pesimis terhadap prospek ekonomi negara, di mana mereka menjangkakan negara akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi sehingga penghujung 2023. Semasa penulisan, pasangan itu GBP/USD naik sebanyak 0.02% ke 1.2200.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.18% ke $78.15 setong selepas mencatatkan sedikit keuntungan semasa sesi dagangan sebelum ini di tengah-tengah penurunan mendadak dalam nilai dolar AS. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1898.15 setiap troy auns berikutan pengeluaran data CPI yang lebih rendah daripada jangkaan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | GBP – GDP (YoY) | 1.5% | 0.3% | – |
15:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Nov) | 0.70% | -0.20% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 103.15, 104.55
Tahap sokongan: 101.65, 100.30
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2145. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2305.
Tahap rintangan: 1.2305, 1.2440
Tahap sokongan: 1.2145, 1.1950
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.0740. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0890.
Tahap rintangan: 1.0890, 1.0425
Tahap sokongan: 1.0740, 1.0580
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 129.85. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 128.60.
Tahap rintangan: 129.85, 131.30
Tahap sokongan: 128.60, 127.30
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6960. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6960, 0.7020
Tahap sokongan: 0.6895, 0.6830
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6325. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6450.
Tahap rintangan: 0.6450, 0.6565
Tahap sokongan: 0.6320, 0.6200
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3475. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3230.
Tahap rintangan: 1.3475, 1.3705
Tahap sokongan: 1.3230, 1.3035
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9255. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.9320, 0.9360
Tahap sokongan: 0.9255, 0.9215
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 77.55. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 80.95, 84.50
Tahap sokongan: 77.55, 73.35
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1894.30. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1917.50.
Tahap rintangan: 1917.55, 1950.50
Tahap sokongan: 1894.30, 1867.85