13 Februari 2020 Analisis Sesi Pagi
Yen menyusut susulan dengan positif prospek untuk koronavirus.
Yen Jepun menyusut semalam susulan dengan kekurangan kebimbangan terhadap wabak koronavirus dalam pasaran, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko sambil mengurangkan permintaan untuk aset-selamat seperti Yen Jepun. Menurut daripada data rasmi China, pada pagi Rabu, kadar peningkatan jangkitan koronavirus telah menyusut ke paras terendah sejak akhir bulan Januari. Selain itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China mengumumkan bahawa kadar pemulihan daripada jangkitan virus tersebut telah meningkat daripada bacaan terdahulu sebanyak 1.3% pada 27hb Januari ke bacaan sebanyak 10.6%. Selain itu, para pelabur menjangkakan bank pusat global mungkin akan memberikan sokongan selanjutnya kepada pasaran sekiranya koronavirus terus memusnahkan ekonomi global, yang selanjutnya meningkatkan beberapa sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Sebaliknya, indeks dolar telah mencatat keuntungannya berikutan dengan beberapa penyataan yang hawkish dari Bank Pusat A.S semalam. Menurut daripada Reuters, Federal Reserve Chair Jerome Powell memberitahu Kongres bahawa pertumbuhan ekonomi di A.S. masih kekal kukuh, walaupun terdapat ancaman koronavirus. Walau bagaimanapun, beliau juga mengulangi A.S. akan terus memantau perkembangan yang berkaitan dengan ancaman koronavirus untuk menentukan dan mengamalkan dasar moneteri yang lebih efisien untuk ekonomi A.S. Semasa penulisan, USD/JPY telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.01% ke 110.07 manakala indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.30% ke 98.83.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.15% ke $51.75 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan prospek positif untuk koronavirus. Para pelabur menjangkakan resolusi untuk koronavirus akan memberangsangkan pertumbuhan ekonomi dunia sambil meningkatkan permintaan ke atas komoditi tersebut pada masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% ke $1565.95 se troy auns susulan dengan kekukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jan) | 0.1% | 0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 98.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 98.95, 99.80
Tahap sokongan: 98.35, 97.70

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2985. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2985, 1.3020
Tahap sokongan: 1.2920, 1.2875

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.0890. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.0785.
Tahap rintangan: 1.0890, 1.1005
Tahap sokongan: 1.0785, 1.0655

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 110.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.15, 110.65
Tahap sokongan: 109.60, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6705. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6750, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6665

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.6435. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6540
Tahap sokongan: 0.6435, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3245. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3319, 1.3395
Tahap sokongan: 1.3245, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9780. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9780, 0.9810
Tahap sokongan: 0.9745, 0.9715

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 51.85. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 50.85.
Tahap rintangan: 51.85, 52.55
Tahap sokongan: 50.85, 49.75

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1571.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1571.75, 1577.15
Tahap sokongan: 1562.90, 1556.95