13 Februari 2023 Analisis Sesi Petang
Lonnie meningkat susulan data buruh yang positif
Dolar Kanada, salah satu mata wang yang paling banyak didagangkan oleh pedagang global telah menunjukkan tanda peningkatan selepas data pasaran buruh diumumkan pada Jumaat lalu. Mata wang CAD meningkat sebanyak 0.8% berbanding dengan USD selepas keputusan buruh dikeluarkan. Menurut Statistik Kanada, bilangan pekerjaan Kanada meningkat sebanyak 150k, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya, manakala ramalan ahli ekonomi hanya 15k. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran Januari kekal tidak berubah pada 5%, sejajar dengan bacaan pada bulan Disember, tetapi lebih rendah daripada ramalan 5.1%. Laporan pasaran buruh semasa tidak menjejaskan prospek dasar monetari Bank of Canada (BoC), dan ia telah menambah risiko bahawa BoC berkemungkinan tinggi akan mengetatkan dasar dengan lebih ketara. Sementara itu, harga minyak yang lebih tinggi, salah satu eksport utama Kanada, turut mendorong harga Lonnie. Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas Rusia mengumumkan rancangan untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 500k tong sehari pada bulan depan. Sehingga penulisan, USD/CAD naik 0.18% ke $1.3369.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah diniagakan lebih rendah sebanyak -1.12% ke $78.83 setong menjelang data inflasi AS yang penting pada minggu ini. Tetapi, semasa waktu dagangan Asia, harga minyak mentah telah menurun kerana Rusia akan menjadi agar susah untuk mendapat pembeli minyak, khususnya selepas pelaksanaan sekatan barat daripada negara barat. Selain itu, harga emas turun -0.02% ke $1874.15 setiap troy auns di tengah-tengah kelemahan dalam indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 103.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 104.45.
Tahap rintangan: 103.00, 104.45
Tahap sokongan: 101.70, 100.35
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2145. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan di 1.2010.
Tahap rintangan: 1.2145, 1.230
Tahap sokongan: 1.2010,1.1900
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.0850. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0635
Tahap rintangan: 1.0850, 1.0975
Tahap sokongan: 1.0635, 1.0470
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 132.40
Tahap rintangan: 132.30, 134.55
Tahap sokongan: 130.25, 128.00
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6945. MACD yang memaparkan momentum bearish yang mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6870.
Tahap rintangan: 0.6945, 0.7040
Tahap sokongan: 0.6870, 0.6775
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6325. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan di 0.6265.
Tahap rintangan: 0.6325, 0.6400
Tahap sokongan: 0.6265, 0.6195
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintang di 1.3420.
Tahap rintangan: 1.3420, 1.3515
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3250
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9240. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9320
Tahap rintangan: 0.9320, 0.9380
Tahap sokongan: 0.9240, 0.9195
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 78.70.
Tahap rintangan: 81.60,85.23
Tahap sokongan: 78.70, 76.05
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan di 1876.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1847.55
Tahap rintangan: 1876.90, 1900.20
Tahap sokongan: 1847.55, 1819.15