13 Mac 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar jatuh susulan tindak balas yang mengecewakan dari Trump.
Indeks dolar telah jatuh terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama semasa sesi Asia awal berikutan dengan kekurangan dalam tindak balas yang terperinci dari Presiden AS Donald Trump. Pada hari Rabu, Presiden AS Donald Trump telah menyatakan bahawa A.S. akan menguatkuasakan sekatan ke atas pelancong dari 26 negara Eropah yang akan memasuki A.S untuk sebulan. Namun begitu, kekurangan maklumat mengenai langkah-langkah selanjutnya seperti pakej rangsangan yang tidak pernah datang telah menyebabkan pasaran menjadi huru-hara kerana pasaran berharap lebih banyak lagi seperti langkah-langkah kesihatan awam ibarat cuti sakit, ujian percuma dan rawatan. Para pelabur juga meningkatkan jangkaan mereka bahawa Fed berkemungkinan akan mengurangkan kadar faedah mereka kepada 0% di tengah-tengah wabak koronavirus. Dari segi data, UPS PPI bagi bulan Februari juga tidak dapat memperoleh semula keyakinan pasaran di mana data tersebut telah memberi bacaan sebanyak -0.6%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak -0.1%. Pada masa penulisan, indeks dolar telah menjunam sebanyak 0.32% kepada 97.13.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0.26% kepada $ 30.87 setong semasa penulisan berikutan dengan sekatan pelancongan dari A.S. dan penyusutan dalam ramalan dari Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA). Sekatan terhadap perjalanan Eropah bermaksud jumlah penerbangan akan menjadi lebih lemah dan ia memberikan tekanan baru kepada syarikat penerbangan yang telah berada di ambang keruntuhan dan permintaan yang lemah dari komoditi tersebut. Pada masa yang sama, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) juga menurunkan ramalan tahunannya dengan hampir 1 juta tong sehari pada minggu ini. Seterusnya, harga emas telah menurun sebanyak 0.35% kepada $ 1575.81 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan para pelabur berebut untuk mencairkan aset selamat mereka untuk wang tunai bagi menampung margin dan kerugian dalam Wall Street.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22.00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) | 101.0 | 95.0 | – |
| 01.00 (14hb Mac) | CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 682 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 97.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 97.05.
Tahap rintangan: 97.60, 98.30
Tahap sokongan: 97.05, 96.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2570. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2730.
Tahap rintangan: 1.2730, 1.2870
Tahap sokongan: 1.2570, 1.2400

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1190. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1190, 1.1335
Tahap sokongan: 1.1085, 1.1000

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 105.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 103.65.
Tahap rintangan: 105.50, 106.95
Tahap sokongan: 103.65, 101.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6310. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6205.
Tahap rintangan: 0.6310, 0.6450
Tahap sokongan: 0.6205, 0.6100

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6135. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6015.
Tahap rintangan: 0.6135, 0.6210
Tahap sokongan: 0.6015, 0.5910.

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3955. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3955, 1.4120
Tahap sokongan: 1.3785, 1.3625

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9430. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9365.
Tahap rintangan: 0.9460, 0.9550
Tahap sokongan: 0.9365, 0.9265

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 30.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 35.05, 39.25
Tahap sokongan: 30.60, 27.20

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1564.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1607.30, 1637.15
Tahap sokongan: 1564.05, 1532.20