13 Mac 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Euro memangkas kerugian selepas keputusan polisi ECB.
Euro telah memangkas kerugiannya semasa awal dagangan sesi Asia selepas mesyuarat Bank Pusat Eropah pada semalam. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.04% ke 1.1187. Sebelum mesyuarat ECB, para pelabur membuat spekulasi bahawa bank pusat tersebut akan memotong kadar faedah sebanyak 10 mata asas ke paras yang lebih rendah. Spekulasi tersebut telah mencetuskan penjualan yang ketara pada euro dari paras tingginya. Namun, euro telah dipacu oleh pembelian dari paras rendah selepas ECB mengekalkan kadar faedahnya di paras yang sama, bertentangan dengan spekulasi pasaran untuk memotong kadar dengan lebih lanjut. Selain itu, ECB juga telah memperkenalkan Long-Term Refinancing Operation (LTRO) yang baru. Ia adalah skim pinjaman bagi bank komersial EU yang mempunyai kadar faedah 25 mata asas lebih rendah daripada kadar utama bagi membekalkan kecairan pasaran kewangan yang mencukupi. Selain itu, ECB juga telah mengumumkan untuk meningkatkan program pembelian bon sebanyak 120 bilion euro sebulan. Namun, kesemua langkah yang diumumkan oleh ECB gagal untuk menghentikan penjualan pada pasaran saham EU. Ia telah melanjutkan kerugiannya secara mendadak selepas Bank Pusat AS mengumumkan langkah drastik untuk meningkatkan kecairan pasaran perbendaharaan AS. Di dalam sidang media, Presiden ECB Christine Lagarde memberi komen bahawa kerajaan seharusnya mengambil tindakan bagi membendung impak negatif dari pandemik koronavirus. Komen beliau telah mencetuskan kebimbangan bahawa ECB tidak akan memberikan perlindungan tambahan kepada negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Itali. Susulan dengan komen Lagarde, pasaran bon Itali mengalami penjualan yang ketara dan kadar hasilnya melonjak dari 1.3% ke 1.8%.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.74% ke $30.73 setong. Harga minyak meneruskan kerugiannya bagi hari ketiga selepas kekhuatiran terhadap penyusutan permintaan minyak dunia makin meningkat berikutan dengan penyebaran wabak koronavirus di seluruh dunia. Sementara itu, harga emas menjunam sebanyak 1.44% ke $1,554.88 se troy auns selepas para pelabur memasuki ke dalam pasaran ekuiti bagi memenuhi panggilan margin susulan dengan penjualan yang ketara semenjak hari Isnin.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22.00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) | 101.0 | 95.0 | – |
| 01:00
(14hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 682 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4:Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 97.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 97.90, 98.35
Tahap sokongan: 97.45, 96.80

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 1.2570. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2410.
Tahap rintangan: 1.2570, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2410, 1.2325

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1195. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan 1.1195.
Tahap rintangan: 1.1195, 1.1295
Tahap sokongan: 1.1120, 1.1040

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 105.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 105.15, 106.20
Tahap sokongan: 103.65, 102.05

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6275. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6330.
Tahap rintangan: 0.6330, 0.6400
Tahap sokongan: 0.6275, 0.6230

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6090. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6165.
Tahap rintangan: 0.6165, 0.6205
Tahap sokongan: 0.6090, 0.6030

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 1.3830. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.4060.
Tahap rintangan: 1.4060, 1.4375
Tahap sokongan: 1.3830, 1.3650

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 0.9450. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9395.
Tahap rintangan: 0.9450, 0.9535
Tahap sokongan: 0.9395, 0.9325

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 39.20, 46.60
Tahap sokongan: 29.75, 25.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1584.45. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1551.40.
Tahap rintangan: 1584.45, 1635.30
Tahap sokongan: 1551.40, 1532.40