13 Mac 2023 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS merosot selepas data pekerjaan mengecewakan dikeluarkan.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama merosot pada Jumaat lepas selepas data ekonomi yang lemah dikeluarkan. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, Nonfarm Payrolls AS mencatatkan pada bacaan sebanyak 311K, lebih baik daripada ramalan konsensus sebanyak 205K. Walau bagaimanapun, Dolar AS menerima momentum bearish yang ketara selepas kadar pengangguran telah meningkat secara tidak dijangka pada bulan Februari. Kadar Pengangguran AS telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 3.4% ke 3.6%, yang menandakan pasaran buruh baru-baru ini di AS telah menjadi rapuh. Berikutan itu, jangkaan kenaikan kadar 50 mata asas telah dikurangkan. Menurut kepada CME FedWatch Tool, kemungkinan kenaikan kadar separuh peratusan telah menurun daripada 40.2% sebelumnya ke 39.5%. Walaupun, kerugian yang dialami oleh Indeks Dolar adalah terhad berikutan penutupan SVB Financial Group, sementara ia mencadangkan bahawa krisis ekonomi yang serius sedang berlaku. Sebagai aset selamat, Dolar AS telah diletakkan di bawah perhatian pelabur. Dari segi data ekonomi, para pelabur amat memerhatikan pengumuman data CPI yang dijadualkan pada esok untuk mengukur langkah seterusnya Fed. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.27% ke 103.87.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.57% ke $77.13 setong setakat penulisan berikutan kebimbangan kenaikan kadar agresif telah berkurangan. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.91% ke $1879.13 se-troy auns setakat penulisan berikutan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap Rintangan: 104.70, 106.30
Tahap Sokongan: 103.20, 102.05
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap Rintangan: 1.2120, 1.2345
Tahap Sokongan: 1.1905, 1.1685
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0740, 1.0740
Tahap sokongan: 1.0600, 1.0410
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 135.20, 139.05
Tahap sokongan: 131.15, 127.80
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal. melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6605, 0.6435
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6225, 0.6360
Tahap sokongan: 0.6080, 0.5960
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.3865, 1.4070
Tahap sokongan: 1.3675, 1.3500
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9235, 0.9400
Tahap sokongan: 0.9070, 0.8920
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 81.30, 86.00
Tahap sokongan: 76.80, 73.10
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1898.50, 1948.50
Tahap sokongan: 1855.30, 1811.45