13 April 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun melantun susulan dengan pelonggaran dasar-dasar “lockdown”.
Paun Sterling telah melantun selepas kerajaan UK telah meringankan dasar-dasar “lock-down”, membuka semula aktiviti luar seperti pub dan restoran pada hari semalam selepas kes-kes Covid-19 telah dikurangkan di negara UK. Para pelabur berspekulasi bahawa rencana pelonggaran “lockdown” akan meningkatkan perbelanjaan pengguna di sektor perkhidmatan, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan terhadap perkembangan ekonomi di UK sambil mencetuskan permintaan ke atas Paun Sterling. Meskipun demikian, menteri pemerintah, saintis dan pegawai kesihatan mempertingkatkan rakyat UK bahawa mereka masih perlu mengikuti SOP, walaupun setelah lebih daripada 60% orang dewasa telah menerima dos pertama vaksin Covid-19. Walau bagaimanapun, Paun Sterling telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan prospek negatif ke atas vaksin daripada AstraZeneca. Menurut kepada BBC, lebih daripada 10 orang telah mati akibat daripada “blood-clotting” selepas mereka menerima vaksin dari Oxford-AstraZeneca di UK. Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Covid-19 untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.05% ke 1.3745.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.32% ke $59.81 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan program vaksinasi yang pantas di Amerika Syarikat. Harapan yang semakin meningkat untuk prospek positif terhadap aktiviti ekonomi A.S. akan terus memperbaiki permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.02% ke $1732.60 se troy auns semasa penulisan susulan dengan para pelabur masih mencerna pengeluaran data ekonomi positif dari rantau A.S. pada minggu yang lalu.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – GDP (MoM) | -2.9% | – | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb) | -2.3% | 0.5% | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Apr) | 76.6 | 79.5 | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Mar) | 0.1% | 0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 92.55, 93.30
Tahap sokongan: 92.00, 91.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3675. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3800.
Tahap rintangan: 1.3800, 1.3905
Tahap sokongan: 1.3675, 1.3560

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1920. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1920, 1.1985
Tahap sokongan: 1.1860, 1.1795

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 109.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.90, 110.80
Tahap sokongan: 109.20, 108.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7610. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7665.
Tahap rintangan: 0.7665, 0.7735
Tahap sokongan: 0.7610, 0.7570

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6960. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7110, 0.7320
Tahap sokongan: 0.6960, 0.6760

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2565. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2565, 1.2615
Tahap sokongan: 1.2515, 1.2475

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9210. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9365, 0.9465
Tahap sokongan: 0.9210, 0.9110

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 59.90. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 59.90, 61.85
Tahap sokongan: 57.40, 55.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1738.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1724.00.
Tahap rintangan: 1738.35, 1754.30
Tahap sokongan: 1724.00, 1702.85