13 April 2022 Analisis Sesi Petang
Euro merosot di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Euro melanjutkan kerugiannya sejak semalam susulan dengan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine. Menurut kepada Reuters, Presiden Vladimir Putin menyampaikan ucapan pada hari Selasa bahawa rundingan damai dengan Ukraine telah menemui pembuntuan. Beliau juga mengulangi bahawa tentera Rusia akan memenangi perang tersebut. Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine akan mengakibatkan gangguan rantaian bekalan global termasuk pasaran komoditi dan menyebabkan harga komoditi seperti minyak mentah untuk meningkat. Kelonjakan harga minyak mentah akan membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di rantau Eropah dengan meningkatkan kos import syarikat. Keadaan tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi di Eropah dan mendorong pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah mata wang lain seperti Dolar AS. Selain itu, pengerusi tiga jawatankuasa parlimen berkata pada hari Selasa selepas lawatan ke Ukraine, mendakwa bahawa Kesatuan Eropah harus mengenakan sekatan ke atas minyak Rusia secepat mungkin, menurut kepada Reuters. Pelaksanaan sekatan ke atas minyak Rusia berkemungkinan akan mengurangkan peredaran minyak dalam pasaran, memacu momentum bearish yang selanjutnya ke atas Euro. Semasa penulisan, EURUSD meningkat sebanyak 0.12% ke 1.0839.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.23% ke $100.83 setong semasa penulisan susulan dengan gangguan bekalan minyak yang didorong oleh perang. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.26% ke $1971.00 se-troy auns semasa penulisan. Namun begitu, aliran keseluruhan harga emas kekal menaik di tengah-tengah latar belakang peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:00 CAD BOC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
14:00 | GBP – CPI (YoY) (Mar) | 6.20% | 6.70% | – |
20:30 | USD – PPI (MoM) (Mar) | 0.80% | 1.10% | – |
22:00 | CAD – BoC Monetary Policy Report | – | – | – |
22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 0.50% | 1.00% | – |
22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 2.421M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 100.40, 101.20
Tahap sokongan: 99.10, 97.95
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3090
Tahap sokongan: 1.2930, 1.2845
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0955, 1.1080
Tahap sokongan: 1.0795, 1.0685
USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 125.65, 126.10
Tahap sokongan: 125.20, 124.60
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7480, 0.7535
Tahap sokongan: 0.7410, 0.7365
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6890, 0.6980
Tahap sokongan: 0.6800, 0.6740
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2660, 1.2700
Tahap sokongan: 1.2605, 1.2550
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9355, 0.9395
Tahap sokongan: 0.9295, 0.9260
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 103.75, 108.40
Tahap sokongan: 98.55, 93.65
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1974.45, 1988.50
Tahap sokongan: 1961.25, 1948.15