13 April 2023 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menjunam di tengah-tengah inflasi terus berkurangan.
Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang yang utama, kehilangan kedudukannya apabila data inflasi menunjukkan tanda penurunan selanjutnya pada bulan Mac. Semalam, Jabatan Buruh AS mengeluarkan data inflasi yang ditunggu-tunggu, Indeks Harga Pengguna (CPI). Data memberikan bacaan sebanyak 5.0%, jauh lebih rendah daripada bacaan sebelumnya pada 6.0% dan ramalan konsensus pada 5.2%, mencerminkan bahawa pelan kenaikan kadar berjaya meredakan tekanan inflasi di AS. Selain itu, CPI teras, yang tidak termasuk item yang tidak menentu seperti makanan dan tenaga, meningkat sebanyak 0.4% seperti yang dijangkakan secara meluas. Sejak hampir setahun lalu, Fed telah melaksanakan pelan kenaikan kadarnya dalam kadar yang agresif, berjumlah 9 kali kenaikan kadar yang menjadikan kadar faedah penanda aras ke paras 4.75% dalam mesyuarat bank pusat bulan lepas. Tetapi, walaupun penurunan mendadak dalam angka CPI Mac, pembuat dasar AS masih menyasarkan inflasi sekitar 2% sebagai tahap pertumbuhan yang sihat dan mampan. Oleh itu, peluang untuk satu lagi kenaikan kadar dalam mesyuarat akan datang tidak diketepikan setakat ini. Selain itu, minit mesyuarat Fed yang dikeluarkan awal hari ini menunjukkan bahawa pegawai Fed sedang mempertimbangkan untuk menghentikan kenaikan kadarnya kerana kebimbangan mereka tentang penularan kegawatan perbankan baru-baru ini. Selain itu, kegawatan sektor kewangan juga menyebabkan ahli meramalkan bahawa ekonomi AS mungkin jatuh ke dalam kemelesetan sederhana pada akhir tahun ini. Semasa penulisan, indeks dolar turun -0.66% ke 101.55.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.24% ke $83.00 setong selepas meningkat mendadak di tengah-tengah kelemahan dolar telah mendorong pembeli minyak bukan AS untuk bergegas ke pasaran minyak. Selain itu, harga emas telah didagangkan naik sebanyak 0.05% kepada $2015.00 setiap troy auns kerana data CPI menunjukkan tanda inflasi yang lebih rendah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
14:00 | GBP – GDP (MoM) (Feb) | 0.3% | 0.1% | – |
14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb) | -0.4% | 0.2% | – |
14:00 | EUR – German CPI (MoM) (Mar) | 0.8% | 0.8% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 228K | 232K | – |
20:30 | USD – PPI (MoM) (Mar) | -0.1% | 0.1% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 101.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 103.15, 105.00
Tahap sokongan: 101.25, 99.40
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2405. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.2510, 1.2645
Tahap sokongan: 1.2405, 1.2300
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.1010.
Tahap rintangan: 1.1010, 1.1120
Tahap sokongan: 1.0915, 1.0770
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 133.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 135.20, 136.30
Tahap sokongan: 133.05, 130.70
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6785.
Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6565
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6150.
Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455
Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3485. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3395.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3565
Tahap sokongan: 1.3395, 1.3330
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.8995. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya menutup di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9075, 0.9125
Tahap sokongan: 0.9000, 0.8930
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 81.70. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 81.70, 87.75
Tahap sokongan: 79.65, 76.10
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 2025.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 2025.50, 2069.55
Tahap sokongan: 2003.55, 1972.80