83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Julai 2020                       Analisis Sesi Pagi

Kebimbangan koronavirus, mencetuskan penjualan ke atas Aussie.

Dolar Australia telah menerima momentum bearish susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX selepas jangkitan wabak koronavirus di seluruh dunia terus mencapai tahap tinggi, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat sambil mencetuskan penjualan yang ketara ke atas aset berisiko seperti Aussie. Menurut kepada kemas kini terbaru, World Health Organization (WHO) mengumumkan bahawa jumlah kes-kes koronavirus telah mencapai tahap tertinggi. Untuk semalam, jangkitan koronavirus telah meningkat sebanyak 230,370 orang sementara itu lebih daripada 5,000 orang telah meninggal dunia susulan dengan virus tersebut, menurut kepada Worldometers. Tambahan pula, di Australia, keadaan koronavirus di Victoria terus menjadi semakin teruk dengan peningkatan jangkitan sebanyak 273 orang pada minggu yang lalu. Keadaan tersebut telah mendorong pemerintah Australia untuk mengeras sekatan sempadan Australia pada minggu yang lalu. Walau bagaimanapun, Dolar Australia telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan perkembangan positif vaksin koronavirus telah mengurangkan kebimbangan para pelabur terhadap wabak koronavirus. Menurut kepada CGTN, pemaju vaksin China Cansino Biologics sedang berunding dengan Rusia, Brazil, Chile dan Arab Saudi untuk melancarkan percubaan Tahap III mengenai vaksin koronavirus eksperimentalnya. Semasa penulisan, AUD/USD telah menyusut sebanyak 0.03% ke 0.6949.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.33% ke $40.37 se tong. Pasaran minyak mentah telah mencatat keuntungannya susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa vaksin koronavirus akan dikembangkan sepenuhnya pada akhir tahun ini, yang selanjutnya memberikan prospek positif untuk permintaan ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.06% ke $1800.00 se troy auns selepas data ekonomi yang suram telah dibebaskan dari rantau A.S. pada hari Jumaat yang lalu. Menurut kepada A.S. Bureau of Labor Statistik, A.S. Producer Price Indeks (PPI) telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 0.4% ke -0.2%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 0.4%.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 96.85, 97.25

Tahap sokongan: 96.45, 96.10

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2615. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1.2615, 1.2800

Tahap sokongan: 1.2340, 1.2065

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1270. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1335.

 

Tahap rintangan: 1.1335, 1.1390

Tahap sokongan: 1.1270, 1.1215

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 106.75. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 107.30.

 

Tahap rintangan: 107.30, 107.90

Tahap sokongan: 106.75, 106.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6940. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangak pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7000, 0.7065

Tahap sokongan: 0.6940, 0.6850

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6570. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.,

 

 

Tahap rintangan: 0.6570, 0.6635

Tahap sokongan: 0.6505, 0.6465

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3630. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3630, 1.3730

Tahap sokongan: 1.3510, 1.3430

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9435. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9375.

 

Tahap rintangan: 0.9435, 0.9470

Tahap sokongan: 0.9375, 0.9320

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 39.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 41.10.

 

Tahap rintangan: 41.10, 44.20

Tahap sokongan: 39.05, 37.15

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1790.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1817.85, 1849.90

Tahap sokongan: 1790.70, 1761.25