83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Julai 2021                       Analisis Sesi Petang

 

Paun meningkat berikutan harapan terhadap pembukaan ekonomi UK.

Paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal stabil berikutan dengan isyarat positif dari UK. Walaupun dengan peningkatan dalam jumlah kes koronavirus baru di UK, kerajaan UK menegaskan bahawa semua aspek ekonomi UK dijangka untuk kembali ke tahap normal selepas 19 Julai. Menurut kepada Menteri Kesihatan Sajid Javid, mereka akan meneruskan rancangan untuk melonggarkan sekatan pada 19 Julai kerana rancangan vaksinasi negara U.K dijangka dapat mencapai tujuan yang ditetapkan. Mengikut kepada data baru-baru ini, angka kematian di UK masih berada pada tahap rendah walaupun dengan kes yang meningkat. Javid juga menegaskan bahawa lebih daripada 60% warganegara Britain menerima dos vaksin pertama mereka telah mengurangkan jumlah kematian dan kemasukan ke hospital dengan ketara. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat 0.17% kepada $ 1.3904.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.23% kepada $ 74.44 setong pada masa penulisan berikutan dengan jangkaan terhadap penurunan stok minyak mentah A.S. Menurut kepada tinjauan awal Reuters pada hari Isnin, inventori minyak mentah A.S. dijangka akan turun untuk minggu kelapan berturut-turut, sementara stok petrol juga menurun. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.25% kepada $1810.75 se troy auns pada saat penulisan berikutan pengunduran dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Jun) 0.7% 0.4%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 92.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 91.65.

 

Tahap rintangan: 92.25, 92.70

Tahap sokongan: 91.65, 91.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3885. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3990.

 

Tahap rintangan: 1.3990, 1.4105

Tahap sokongan: 1.3885, 1.3750

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1850. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1920.

 

Tahap rintangan: 1.1920, 1.1985

Tahap sokongan: 1.1850, 1.1785

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 110.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.45, 111.00

Tahap sokongan: 109.75, 109.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7475. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7545.

 

Tahap rintangan: 0.7545, 0.7595

Tahap sokongan: 0.7475, 0.7415

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7010. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7010, 0.7075

Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2470. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan in untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2350.

 

Tahap rintangan: 1.2470, 1.2565

Tahap sokongan: 1.2350, 1.2275

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9135. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9195.

 

Tahap rintangan: 0.9195, 0.9245

Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 74.20. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 74.20, 76.35

Tahap sokongan: 71.15, 68.35

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1812.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1767.55.

 

Tahap rintangan: 1812.10, 1853.00

Tahap sokongan: 1767.55, 1725.50