13 Ogos 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Ogos 13 – Ogos 17
Kajian Pasaran (Forex): Ogos 6 – Ogos 10
Dolar AS
Dolar AS telah meningkat dengan ketara terhadap bakul enam pasangan wang utamanya berikutan dengan pelepasan data ekonomi CPI AS minggu lepas dan juga peningkatan dalam ketidakpastian yang berterusan dalam ketegangan global, terutamanya dalam perang perdagangan antara AS dan China. Indeks dolar telah melonjak sebanyak 0.80% sementara menutup harga minggu lepas pada 96.21.
Menurut kepada US Department of Labor, bacaan data runcit telah meningkat sebanyak 0.1% iaitu dengan bacaan sebanyak 0.2%, selaras dengan jangkaan pasaran yang membayangkan peningkatan tekanan inflasi yang mantap untuk mengekalkan Rizab Persekutuan meneruskan pelan mereka untuk menaikkan kadar faedah tahun secara beransur-ansur ini. Selain itu, ketegangan antara AS dengan seluruh dunia terutamanya perang perdagangan antara AS dan China telah menjadi tumpuan utama pasaran kerana AS telah melaksanakan pelbagai sekatan dan juga tarif di seluruh negara yang boleh memberi kesan yang besar terhadap sentimen risiko dolar. Baru-baru ini, China telah bertindak balas dengan tarif sebanyak 25% pada produk AS $ 16 bilion, namun kesannya tidak memberi sebarang impak negatif yang ketara terhadap dolar kerana pasaran kekal memberi pandangan yang positif terhadap dolar dalam jangka panjang berikutan dengan import Amerika Syarikat adalah jauh lebih rendah daripada China. Walau bagaimanapun, ketidakpastian yang berterusan akan kekal menjadi tumpuan dalam sentimen para pelabur dan pelabur akan tetap fokus dalam perkembangan dalam perang perdagangan.
Secara keseluruhannya, kekuatan dolar kekal kukuh berbanding dengan pesaing utama dan selera risiko untuk dolar kekal tinggi dengan kebanyakan faktor yang membayang spekulasi oleh pasaran untuk memberi manfaat kepada dolar dan juga jangkaan Fed kekal dalam rancangannya untuk dua kali kenaikan kadar faedah ini terus memberi sokongan kepada dolar.
USD/JPY
USDJPY telah menurun sebanyak 0.24% ke 110.87 semasa sesi lewat dagang Jumaat.
EUR/USD
EURUSD telah menjunam sebanyak 1.01% ke 1.1407 terhadap dolar AS
GBP/USD
GBPUSD telah menyusut sebanyak 0.44% ke 1.2765 semasa sesi New York pada hari Jumaat lalu. Walaupun dengan data makroekonomi yang positif di UK pada Jumaat lepas, kenaikan sterling telah dihadkan berikutan dengan ketidakpastian dalam Brexit di mana UK dan EU kekal terjebak dalam perjanjian perdagangan dan tarikh akhir semakin dekat dengan perlahan-lahan.
Kajian Pasaran (Komoditi): Ogos 6 – Ogos 10
Crude Oil
Harga minyak mentah telah meningkat pada hari Jumaat diikuti dengan sekatan AS ke atas minyak Iran yang mencetuskan kekhuatiran dalam kekurangan bekalan minggu lepas. Harga komoditi telah melonjak sebanyak 1.55% kepada $ 67.61 setong semasa sesi Jumaat lepas.
Minggu lalu, harga minyak mentah telah melambung berikutan dengan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah menaikkan anggaran mereka dalam pertumbuhan permintaan minyak dalam dunia bagi tahun depan kepada 1.5 juta tong sehari daripada 1.4 juta tong sehari. Selain itu, IEA juga memberi amaran bahawa sekatan minyak yang akan datang terhadap Iran boleh membawa kekacauan ke pasaran dengan sekatan A.S. yang menyasarkan komoditi minyak Iran dijangka berkuat kuasa pada awal November dan dapat meningkatkan kemungkinan untuk kekurangan bekalan tenaga global. Selain itu, harga juga didorong selanjutnya susulan dengan data Bakers Hughes, petunjuk utama yang mengukur aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat juga meningkat sebanyak 10 yang dengan bacaan sebanyak 869, justerunya meningkatkan lagi daya risiko selanjutnya untuk minyak hitam.
Keseluruhannya, sentimen untuk komoditi tersebut kekal tertumpu kepada momentum bullish selepas harga kekal dipacu lebih tinggi dalam beberapa bulan yang lalu dengan faktor permintaan minyak mentah adalah melebihi bekalan.
GOLD
Harga emas telah meleset di tengah-tengah sentimen yang semakin meningkat dalam kenaikan dolar daripada kejadian baru-baru ini. Harga logam kuning telah menutup pasaran minggu lepas sebanyak 0.08% ke $ 1,211.55 se troy auns.
Harga emas telah merosot berikutan dengan kekuatan dolar berterusan disebabkan oleh pembebasan data inflasi yang terkini pada hari Jumaat lalu di mana bacaan data tersebut adalah lebih baik daripada jangkaan bacaan. Data tersebut telah memberi pandangan bahawa tekanan yang semakin meningkat telah menaikkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah secara berperingkat pada tahun ini. Di samping itu, jangkaan kekukuhan dalam USD akan berterusan di mana China mengenakan tarif sebagai tindak balas terhadap produk AS, tetapi sentimen di sekitar dolar AS tidak terjejas dengan keyakinan para pelabur bahawa AS tidak akan dipengaruhi dengan ketara kerana import AS adalah jauh lebih rendah daripada China.
Pandangan Mingguan: Ogos 13 – Ogos 17
Untuk minggu depan, para pelabur akan terus menumpu perhatian mereka kepada pembebasan data ekonomi pada minggu ini, khususnya data US Retail Sales yang juga merupakan salah satu petunjuk utama untuk mengukur inflasi dalam negara tersebut akan dikeluarkan pada hari Rabu ini untuk memantau pendirian mereka terhadap dasar monetari masa depan dan pandangan ekonomi.
Bagi para pedagang minyak mentah, mereka akan meletakkan perhatian mereka mengenai data Inventori Minyak mentah yang dijadualkan pada hari Rabu untuk mendapatkan isyarat lanjut.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Ogos 13 – Ogos 17
| Isnin, Ogos 13 |
Data USD – 3 Months Bill Auction USD – 6 Months Bill Auction
Acara CrudeOIL – OPEC Monthly Report
|
| Selesa, Ogos 14 |
Data EUR – German CPI (YoY) (Jul) EUR – German GDP (QoQ) (Q2) GBP – Claimant Count Change (Jul) GBP – Unemployment Rate (Jun) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Aug) EUR – ZEW Economic Sentiment (Aug)
Acara N/A
|
| Rabu, Ogos 15 |
Data GBP – CPI (YoY) (Jul) GBP – PPI Input (MoM) (Jul) USD – Retail Sales (MoM) (Jul) USD – Crude Oil Inventories
Acara N/A
|
| Khamis, Ogos 16 |
Data AUD – Employment Change (Jul) AUD – Unemployment Rate (Jul) GBP – Retail Sales (MoM) (Jul) USD – Building Permits (Jul) USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug)
Acara N/A
|
|
Jumaat, Ogos 17
|
Data EUR – CPU (YoY) (Jul) CAD – CPI (MoM) (Jul)
Acara AUD – RBA Governor Lowe Speaks AUD – RBA Assist Gov Ellis Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: Ogos 13 – Ogos 17
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 96.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan pada tahap rintangan 96.20
Tahap rintangan: 96.20, 97.50
Tahap sokongan: 94.95, 93.40
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2785. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2600.
Tahap rintangan: 1.3005, 1.3230
Tahap sokongan: 1.2785, 1.2600
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 110.95 baru-baru ini. MACD yang memaparkan bias bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 109.40
Tahap rintangan: 110.95, 112.00
Tahap sokongan: 109.40, 108.30
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 1.1525 baru-baru ini dan sedang menguji berhampiran tahap sokongan 1.1315. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah selepas ia memecah tahap sokongan 1.1315.
Tahap rintangan: 1.1525, 1.1760
Tahap sokongan: 1.1315, 1.1105
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1206.00. Walaupun MACD yang memaparkan isyarat bullish dengan corak positive divergence, formasi lilin bullish yang baru untuk lilin yang seterusnya dan lantunan dari tahap sokongan 1206.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1233.00, 1260.00
Tahap sokongan: 1206.00, 1184.00
Crude Oil
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 68.85 baru-baru ini. Pergerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan komoditi tersebut boleh melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 64.20.
Tahap rintangan: 68.85, 72.55
Tahap sokongan: 64.20, 59.75