13 Ogos 2019 Analisis Sesi Pagi
Pasaran FX mendatar menjelang data ekonomi.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sementara pasaran menunggu data ekonomi yang selanjutnya seperti Core CPI yang merupakan salah satu pengukuran status kadar inflasi negara bagi memantau pendirian Bank Pusat AS (Fed) terhadap dasar kewangannya. Baru-baru ini, penampilan dolar telah menyusut di tengah-tengah jangkaan pelanjutan perang perdagangan diantara AS dan China yang bakal menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi negara AS. Para pelabur mengambil kesempatan untuk mengalihkan portfolio mereka daripada pasaran dolar ke dalam pasaran yang lebih berisiko seperti pound dan euro. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar telah menurun sebanyak 0.11% ke 97.20. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menurun sebanyak 0.03% ke $1.2070 di tengah-tengah peningkatan kemungkinannya kejadian Brexit tanpa perjanjian. Untuk setakat ini, Boris Johnson sedang menyediakan pertempuran parlimen dengan ahli-ahli parlimen yang menentang Brexit tanpa perjanjian. Menurut kepada laporan, pemimpin parti pembangkang Jeremy Corbyn bercadang untuk memulakan gerakan keyakinan terhadap Boris Johnson seawal bulan September. Selain itu, para pelabur juga akan memberi fokus kepada data ekonomi UK seperti Claimant Count Change bagi memantau penggerakan pound dalam jangka masa yang pendek.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.05% ke $54.80 setong walaupun terdapatnya kebimbangan penyusutan pertumbuhan ekonomi global dan juga ketegangan perdagangan AS dan China. Pedagang minyak kini bertindak sabar sementara menunggu laporan OPEC yang boleh memberi prospek terhadap perkembangan pasaran minyak mentah. Selain itu, harga emas telah melonjak sebanyak 0.30% ke $1515.50 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German CPI (Mom) (Jul) | 0.5% | 0.5% | – |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jun) | 3.4% | 3.7% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Jul) | 38.0K | 32.0K | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Aug) | -24.5 | -27.8 | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jul) | 0.3% | 0.2% | – |
| 04:30
(14hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -3.400M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi selepas ia berundur daripada paras tingginya. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan indeks untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 97.00.
Tahap rintangan: 97.55, 98.20
Tahap sokongan: 97.00, 96.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2000. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi ‘positif divergence’ mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 1.2125.
Tahap rintangan: 1.2125, 1.2220
Tahap sokongan: 1.2000, 1.1880

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan garisan MA-20 (hijau). MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1185 selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah garisan MA-20 tersebut.
Tahap rintangan: 1.1240, 1.1285
Tahap sokongan: 1.1185, 1.1155

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 105.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 105.45, 106.05
Tahap sokongan: 105.00, 104.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6760. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6720.
Tahap rintangan: 0.6760, 0.6790
Tahap sokongan: 0.6720, 0.6675

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.6430. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6555
Tahap sokongan: 0.6435, 0.6395

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 1.3240. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang keemasan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3305
Tahap sokongan: 1.3160, 1.3090

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9705. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9640.
Tahap rintangan: 0.9705, 0.9750
Tahap sokongan: 0.9640, 0.9580

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari garisan MA-60 (merah). MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 55.75.
Tahap rintangan: 55.75, 57.95
Tahap sokongan: 54.00, 52.45

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1512.30. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 1492.10.
Tahap rintangan: 1512.30, 1528.60
Tahap sokongan: 1492.10, 1476.00