13 Oktober 2021 Analisis Sesi Petang
Paun kekal stabil susulan data pekerjaan yang optimis.
Mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal stabil dan meningkat berikutan dengan data ekonomi yang optimis baru-baru ini. Menurut kepada Office for National Statistics, data Average Earnings Index UK pada bulan Ogos telah memberi bacaan sebanyak 7.2%, lebih tinggi daripada jangkaan bacaan 7.0%. Di samping itu, data Unemployment Rate U.K untuk bulan Ogos telah mencapai bacaan 4.5%, selaras dengan jangkaan pasaran. Data-data positif tersebut telah menunjukkan pengembangan yang pesat dalam pasaran buruh UK. Walaupun begitu, kekurangan bekalan dan krisis tenaga yang berterusan di seluruh Eropah dan Asia berkemungkinan boleh mengurangkan sentimen pasaran susulan dengan kebimbangan yang meningkat terhadap kos tenaga yang lebih tinggi boleh menjejaskan pemulihan ekonomi global. Semasa penulisan, pasangan GBP / USD telah meningkat sebanyak 0.03% kepada 1.3613.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0.01% kepada $80.41 setong pada masa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal selepas harga minyak mencapai paras tinggi baru-baru ini. Sentimen secara keseluruhan terhadap pasaran minyak kekal positif berikutan dengan peningkatan dalam permintaan minyak global yang didorong oleh kekurangan gas asli dan petrol di Asia dan Eropah. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.02% kepada $ 1760.95 se troy auns pada masa penulisan susulan dengan pengunduran dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – GDP (MoM) | 0.10% | – | – |
| 14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) | 0.20% | 0.10% | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Sep) | 0.10% | 0.30% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 94.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 93.70.
Tahap rintangan: 94.40, 94.90
Tahap sokongan: 93.70, 93.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3620. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3620, 1.3745
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3300

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1515. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.1610.
Tahap rintangan: 1.1610, 1.1690
Tahap sokongan: 1.1515, 1.1440

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 113.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 113.95, 114.55
Tahap sokongan: 113.40, 112.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7320. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7415, 0.7485
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7235

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan momentum dan arah yang jelas dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6990, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6805

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2455. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.2585.
Tahap rintangan: 1.2585, 1.2695
Tahap sokongan: 1.2455, 1.2310

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9305. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9240.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9240, 0.9185

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian baru-baru ini mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 79.40.
Tahap rintangan: 82.50, 84.55
Tahap sokongan: 79.40, 76.40

GOLD, H4: Harga emas kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1779.50.
Tahap rintangan: 1779.50, 1806.85
Tahap sokongan: 1747.05, 1721.65