83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Disember 2019                             Analisis Sesi Tengah Hari

Sterling melonjak susulan keputusan kaji selidik yang bullish.

Pound sterling melonjak ke paras tinggi setahun berbanding dengan dolar AS selepas kaji selidik rasmi mencadangkan kemenangan majoriti bagi Parti Konservatif. Menurut kepada kaji selidik, Konservatif dijangka untuk memenangi 368 kerusi sementara parti Labor memperoleh 191 kerusi. Selain itu, 55 kerusi bakal diraih oleh Scottish National Party sementara Liberal Democrats dijangka untuk memenangi 13 kerusi. Keputusan awal dengan kemenangan majoriti bagi Konservatif akan mengurangkan risiko politik yang telah berlegar selama 4 tahun sambil mendorong kepada proses Brexit yang lancar untuk UK dan EU. Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Pengerusi Suruhanjaya Eropah akan memperoleh mandat dari pemimpin EU pada hari ini untuk langkah seterusnya bagi proses Brexit. Mereka juga akan memantau sama ada Parlimen UK meluluskan perjanjian Brexit di dalam tempoh masa yang akan datang bagi menentukan langkah yang seterusnya. Untuk setakat ini, para pelabur akan meninjau keputusan terakhir bagi pilihanraya UK untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD melonjak sebanyak 2.50% ke 1.3491. Bagi rantau yang lain, Yen Jepun menjunam secara mendadak susulan dengan penyusutan risiko perang perdagangan dan Brexit. Pada semalam, Presiden AS Donald Trump telah menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama dengan China dan ia telah mengekalkan pengenalan tarif AS ke atas $160 bilion barangan dari Beijing pada 15hb Disember. Di dalam perjanjian yang telah dikemukakan kepada Trump, ia merangkumi kadar pembelian barangan pertanian AS yang lebih tinggi dari Beijing sementara Washington berjanji untuk membatalkan beberapa tarif yang dikenakan ke atas China. Susulan dengan penyusutan risiko, pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.22% ke 109.54 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.47% ke $59.47 setong. Harga minyak mendapat sokongan bullish susulan dengan penyusutan risiko perang perdagangan diantara AS dan China yang boleh meningkatkan permintaan pasaran bagi komoditi ini kelak. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke $1,486.71 se troy auns berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi bagi aset berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 US – Core Retail Sales (MoM) (Nov) 0.2% 0.4%
21:30 US – Retail Sales (MoM) (Nov) 0.3% 0.5%
02:00

(14hb Dis)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 663    

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 96.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 96.50.

 

Tahap rintangan: 96.95, 97.55

Tahap sokongan: 96.50, 96.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3485. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3600

Tahap sokongan: 1.3385, 1.3295

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1175, 1.1250

Tahap sokongan: 1.1080, 1.0990

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 109.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.90.

 

Tahap rintangan: 109.90, 110.65

Tahap sokongan: 109.40, 109.90

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6925. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.6990

Tahap sokongan: 0.6885, 0.6850

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6585. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas baru-baru mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan

0.6650.

 

Tahap rintangan: 0.6650, 0.6710

Tahap sokongan: 0.6585, 0.6500

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3185. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3125.

 

Tahap rintangan: 1.3185, 1.3260

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3065

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9845. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.9915.

 

Tahap rintangan: 0.9915, 0.9980

Tahap sokongan: 0.9845, 0.9795

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 59.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 56.70, 60.85

Tahap sokongan: 58.55, 57.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1463.70. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1477.90, 1497.00

Tahap sokongan: 1463.70, 1450.75