83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Disember 2021                             Analisis Sesi Pagi

Dolar AS menyusut selepas data inflasi dibebaskan.

Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut selepas data inflasi yang rendah telah dibebaskan pada hari Jumaat yang lalu. Menurut kepada A.S. Bureau of Labor Statistics, A.S. Core Consumer Price Index (CPI) bagi bulan lepas mencatatkan penurunan daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.6% ke bacaan sebanyak 0.5%, kira-kira sejajar dengan jangkaan pasaran. Walau bagaimanapun, peserta pasaran menjangkakan sebelum ini bahawa kadar inflasi di Amerika Syarikat akan mencatatkan bacaan yang amat tinggi susulan dengan gangguan bekalan dan dasar monetari pengembangan yang agresif apabila pandemik Covid-19 menjejaskan ekonomi dunia pada tahun 2019. Namun begitu, tren keseluruhan untuk Dolar AS kekal stabil susulan dengan para pelabur masih menunggu isyarat daripada perkembangan mesyuarat Rizab Persekutuan minggu ini untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Fed akan mengadakan mesyuarat akhir tahun ini pada 15-16 Disember manakala Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dijangka akan membincangkan untuk mempercepatkan pengurangan program pembelian bon bagi memerangi risiko inflasi yang tinggi. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.23% ke 96.05.

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 1.89% ke $72.25 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi di tengah-tengah kekurangan kebimbangan terhadap varian Omicron. Data saintifik daripada pakar perubatan menunjukkan simptom bagi varian Omicron kekal lemah dan boleh dikurangkan dengan suntikan penggalak vaksin. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.41% ke $1782.75 setiap troy auns semasa penulisan di tengah-tengah kelemahan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 96.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 95.70.

 

Tahap rintangan: 96.35, 96.80

Tahap sokongan: 95.70, 94.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3195. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3355.

 

Tahap rintangan: 1.3355, 1.3505

Tahap sokongan: 1.3195, 1.3050

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.1370. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1370, 1.1530

Tahap sokongan: 1.1175, 1.1010

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 112.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 114.40, 115.40

Tahap sokongan: 112.80, 112.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7175. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7175, 0.7280

Tahap sokongan: 0.6995, 0.6825

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6815. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6815, 0.6950

Tahap sokongan: 0.6640, 0.6530

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2720. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2720. 1.2825

Tahap sokongan: 1.2645, 1.2575

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9260. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9155.

 

Tahap rintangan: 0.9260, 0.9315

Tahap sokongan: 0.9155, 0.9090

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 72.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 72.55, 75.10

Tahap sokongan: 69.15, 65.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1790.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1790.00, 1802.20

Tahap sokongan: 1762.20, 1729.60