83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Februari 2023                                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS merosot menjelang data CPI yang telah lama ditunggu-tunggu.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, terumbang-ambing apabila para pelabur sedang menunggu laporan inflasi untuk meneliti jika terdapat perubahan pendirian daripada Fed pada masa hadapan. Pada ketika ini, pakar ekonomi menjangkakan Indeks Harga Pengguna (CPI) akan turun daripada 6.4% ke 6.2%, semakin mempertaruhkan Rizab Persekutuan mungkin akan melaksanakan pelan kenaikan kadar yang kurang agresif jika data menunjukkan pengurangan tekanan inflasi yang baik. Sejak setahun lalu, Rizab Persekutuan telah memulakan perjalanan panjangnya untuk membendung inflasi tinggi yang berterusan dengan menaikkan kadar faedah tanpa henti. Dengan itu, angka inflasi telah berjaya diturunkan kepada 6.4% pada akhir tahun 2022 walaupun masih jauh daripada sasaran jangka panjang Fed sebanyak 2%. Angka inflasi pertama untuk tahun ini tidak dapat dinafikan akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelabur yang mengukur laluan masa depan dasar monetari Fed. Ia perlu diberi perhatian bahawa angka inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan boleh menyebabkan pasaran mempertimbangkan semula kemungkinan mengekalkan kadar faedah yang tinggi untuk jangka masa yang panjang, dan jika ya, perubahan arah aliran mungkin akan dicetuskan. Sehingga penulisan, indeks dolar turun -0.32% ke 103.30.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.72% ke $79.10 setong, kebimbangan terhadap inflasi telah membayangi kesan rancangan pemotongan minyak dari Rusia. Selain itu, harga emas turun -0.67% ke $1853.45 setiap troy auns menjelang laporan inflasi.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:00                     CrudeOIL                               OPEC Monthly Report

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Dec) 6.4% 6.2%
15:00 GBP – Claimant Count Change (Jan) 19.7K 17.9K
21:30 USD – Core CPI (MoM) (Jan) 0.4% 0.4%
21:30 USD – CPI (YoY) (Jan) 6.5% 6.2%

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2105. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2105, 1.2200

Tahap sokongan: 1.1940, 1.1820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0670. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0850.

 

Tahap rintangan: 1.0850, 1.0975

Tahap sokongan: 1.0670, 1.0295

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 131.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 134.15, 136.45

Tahap sokongan: 131.25, 128.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6985.

 

 

Tahap rintangan: 0.6985, 0.7125

Tahap sokongan: 0.6860, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 0.6355.

 

Tahap rintangan: 0.6355, 0.6460

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6170

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3400. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3265.

 

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3505

Tahap sokongan: 1.3265, 1.3155

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.9110.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9310

Tahap sokongan: 0.9110, 0.9040

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 76.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 81.80.

 

Tahap rintangan: 81.80, 86.15

Tahap sokongan: 76.10, 71.50

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1859.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1884.00, 1900.00

Tahap sokongan: 1859.90, 1835.00