14 Februari 2023 Analisis Sesi Petang
Pound melonjak menjelang data ekonomi yang penting.
Pound sterling, sebagai salah satu mata wang yang paling banyak didagangkan oleh pelabur global, kembali bersinar menjelang keluaran data ekonomi yang penting. Menurut kepada Statistik Kebangsaan UK, ahli ekonomi menjangkakan data Average Earnings Index +Bonus akan mencecah 6.2%, lebih rendah daripada bacaan bulan sebelumnya. Selain daripada itu, data Claimant Count Change dijangka akan menurun ke 17.9k daripada bacaan sebelumnya 19.7k. Sebelum itu, kedua-dua data menunjukkan bahawa UK mengalami keadaan pasaran buruh yang semakin longgar pada bulan Dis 2022, tetapi ia telah berubah selepas itu. Menurut kepada data yang dibebaskan oleh Pejabat Perangkaan Kebangsaan, kadar pengangguran berada pada 3.5%, tahap terendah dalam tempoh 48 tahun yang lalu. Dengan itu, pelabur menjadi lebih optimistik tentang data ekonomi yang akan datang. Selain itu, Pound juga dirangsang oleh kelemahan dolar AS berikutan jangkaan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih rendah untuk Januari. Pelabur menjangkakan data CPI akan turun sebanyak 0.2% ke 6.2%, dan Fed akan melonggarkan lagi dasar monetari mereka. Sehingga penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.10% ke $1.2147.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.94% ke $79.39 setong di tengah-tengah kerajaan US berkata ia akan membebaskan lebih banyak minyak mentah daripada Rizab Petroleum Strategik (SPR) seperti yang dijanjikan dengan penggubal undang-undang sebelum ini. Selain itu, harga emas naik 0.30% ke $1869.15 setiap troy auns menjelang laporan inflasi malam ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Dec) | 6.4% | 6.2% | – |
15:00 | GBP – Claimant Count Change (Jan) | 19.7K | 17.9K | – |
21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jan) | 0.4% | 0.4% | – |
21:30 | USD – CPI (YoY) (Jan) | 6.5% | 6.2% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 103.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang semakin meningkat mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap rintangan di 103.00.
Tahap rintangan: 103.00, 104.45
Tahap sokongan: 101.70, 100.35
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2145. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2145, 1.230
Tahap sokongan: 1.2010,1.1900
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang semakin meningkat mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0790.
Tahap rintangan: 1.0790,1.0900
Tahap sokongan: 1.0635, 1.0470
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 131.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 132.30, 134.55
Tahap sokongan: 130.25, 128.00
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6945. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.6945, 0.7040
Tahap sokongan: 0.6870, 0.6775
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6325
Tahap rintangan: 0.6400, 0.6495
Tahap sokongan: 0.6325, 0.6265
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 1.3330. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3420.
Tahap rintangan: 1.3420, 1.3515
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3250
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9195. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.9140.
Tahap rintangan: 0.9195, 0.9240
Tahap sokongan: 0.9140, 0.9100
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 78.70.
Tahap rintangan: 81.60,85.23
Tahap sokongan: 78.70, 76.05
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap sokongan di 1859.90. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1876.90, 1900.20
Tahap sokongan: 1847.55, 1819.15