14 Mac 2022 Analisis Sesi Petang
Peningketan ketegangan di antara Rusia-Ukraine, Euro menurun.
Euro telah didagang dengan lebih rendah sejak Jumaat yang lalu berikutan dengan peningkatan ketegangan konflik Rusia-Ukraine. Menurut kepada Reuters, seorang pegawai Ukraine mendakwa bahawa Rusia menyerang pangkalan berhampiran sempadan Poland dan pertempuran berlaku di tempat lain. Serangan peluru berpandu Rusia telah menyerang Ukraine’s Yavoriv International Centre for Peacekeeping and Security, sebuah pangkalan hanya 15 batu (25 km) dari sempadan Poland yang sebelum ini menjadi tuan rumah pengajar tentera NATO, membunuh 35 orang dan mencederakan 134 orang. Walaupun kedua-dua pihak cuba berunding untuk menamatkan perang pada hari Isnin, dengan perunding Ukraine dan Rusia mengulangi bahawa kedua-dua pihak masih tidak mempunyai kemajuan terhadap gencatan senjata. Sentimen sedemikian mencetuskan prospek negatif ke arah momentum ekonomi di rantau Eropah dan mengurangkan keyakinan pasaran terhadap keadaan ekonomi Eropah, menyebabkan pelabur menjual Euro. Sementara kini, para pelabur harus terus memantau perkembangan mengenai konflik di antara Rusia-Ukraine untuk menerima isyarat dagangan yang lanjut. Semasa penulisan, Euro telah meningkat sebanyak 0.01% ke 1.0910.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 2.98% ke $106.12 setong semasa penulisan selepas penambahan bekalan minyak daripada OPEC+. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.26% ke $1979.80 setiap auns troy semasa penulisan di tengah-tengah lonjakan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 99.35, 100.40
Tahap sokongan: 97.30, 95.25
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.3190, 1.3420
Tahap sokongan: 1.2915, 1.2755
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.0975, 1.1135
Tahap sokongan: 1.0820, 1.0690
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 117.50, 118.90
Tahap sokongan: 116.25, 114.60
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7525
Tahap sokongan: 0.7250, 0.7180
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6895, 0.7050
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6535
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2885
Tahap sokongan: 1.2705, 1.2635
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9360, 0.9420
Tahap sokongan: 0.9175, 0.9095
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 104.40, 111.60
Tahap sokongan: 99.35, 92.30
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1973.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 2005.00, 2020.65
Tahap sokongan: 1973.00, 1947.40