14 Mac 2023 Analisis Sesi Petang
Aussie semakin lemah di tengah-tengah langkah dovish RBA.
Dolar Aussie, yang didagangkan sebagai salah satu mata wang arus perdana, semakin lemah selepas komunike dovish Bank Rizab Australia. Lowe daripada RBA telah mengumumkan peluang yang lebih tinggi untuk mengekalkan kadar faedah pada hari Rabu selepas RBA meningkatkan kadar faedah sebanyak 25bp pada hari Selasa lepas. Niaga hadapan kadar tunai Australia telah membayangkan peluang 59% untuk menghentikan kenaikan kadar faedah pada bulan April, tetapi itu kini telah meningkat kepada 89% disebabkan oleh krisis SVB (Silicon Valley Bank). Oleh disebabkan pelabur masih bimbang terhadap isu SVB, ia telah meningkatkan kemungkinan Fed akan mengekalkan dasar monetari semasa dan itu mungkin akan meningkatkan lagi kemungkinan kenaikan kadar RBA berhenti pada bulan April. Selain itu, perbelanjaan isi rumah Australia menjunam 14.8% pada bulan Januari, menurut laporan Biro Perangkaan Australia (ABS). Memandangkan RBA memantau dengan teliti pada perbelanjaan isi rumah, ia boleh dianggap sebagai satu faktor yang menyebabkan RBA menghentikan kenaikan kadar tunai. Pelabur kini memerhatikan pada Laporan Tenaga Buruh bulanan, yang di mana akan dibebaskan oleh ABS. Sehingga penulisan, pasangan mata wang AUD/USD menjunam -0.14% ke $0.6656 semasa penulisan.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak -1.13% ke $79.86 setong setakat penulisan apabila kebimbangan pelabur meningkat mengenai risiko kemelesetan ekonomi global dan menjejaskan permintaan minyak. Sebaliknya, harga emas susut sebanyak -0.37% ke $1909.55 setiap troy auns setakat penulisan ketika pelabur sedang menunggu laporan CPI.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Feb) | 0.40% | 0.40% | – |
20:30 | USD – CPI (MoM) (Feb) | 0.50% | 0.40% | – |
20:30 | USD – CPI (YoY) (Feb) | 6.40% | 6.00% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 103.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan.
Tahap rintangan: 104.45, 105.85
Tahap sokongan: 103.00, 101.70
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2145. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2300, 1.2445
Tahap sokongan: 1.2145, 1.2010
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0635
Tahap rintangan: 1.0790, 1.0930
Tahap sokongan: 1.0635, 1.0505
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 134.55.
Tahap rintangan: 134.55, 136.30
Tahap sokongan: 132.30, 130.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan di 0.6685. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6600.
Tahap rintangan: 0.6685, 0.6775
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6525
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.6265, 0.6325
Tahap sokongan: 0.6195, 0.6120
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 1.3685. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintang di 1.3785.
Tahap rintangan: 1.3785, 1.3880
Tahap sokongan: 1.3685, 1.3600
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9135. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9235, 0.9400
Tahap sokongan: 0.9070, 0.8920
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 76.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 73.20.
Tahap rintangan: 76.05, 78.70
Tahap sokongan: 73.20, 70.65
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1900.19.
Tahap rintangan: 1926.70, 1954.90
Tahap sokongan: 1900.19, 1876.90