14 April 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar jatuh susulan jangkaan musim pendapatan yang muram.
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam mata wang utama telah meneruskan semula penurunannya semasa lewat sesi Asia susulan dengan pasaran bersedia untuk menghadapi musim pendapatan AS yang kecewa. Jangkaan tersebut datang selepas AS mengumumkan pada Khamis bahawa lebih daripada 16 juta orang memohon tuntutan pengangguran sejak 21 Mac. Oleh kerana musim pendapatan AS akan bermula pada hari Selasa, para pelabur bersedia untuk laporan ekonomi yang buruk semasa dalam krisis yang paling gelap bulan ini. Selain itu, peningkatan dalam hutang dan defisit belanjawan AS juga memberi tekanan tambahan kepada dolar AS. Menurut kepada laporan, defisit belanjawan persekutuan Amerika Syarikat berada pada landasan untuk menuju kepada tahap melebihi $ 3.8 trilion tahun ini walaupun dengan Kongres tidak merancang untuk perbelanjaan rangsangan lebih banyak. Hutang negara juga boleh naik ke tahap yang tidak dilihat sejak negara muncul dari Perang Dunia Kedua. Sementara itu, paun sterling terus meningkat walaupun dengan lanjutan dalam sekatan di UK. Jumlah kematian daripada koronavirus di UK telah melonjak melebihi 11,000, tatapi, pasaran secara keseluruhan tidak dijejaskan oleh nombor tersebut susulan dengan para pelabur lebih menumpukan perhatian kepada angka 20,000 dari AS yang merupakan pusat global. Di samping itu, keluaran Perdana Menteri U.K Boris Johnson dari ICU baru-baru ini kekal menyokong permintaan untuk mata wang paun sterling. Menurut kepada Guardian, jurucakap Boris Johnson menyatakan bahawa beliau sedang memberi tumpuan kepada pemulihan. Pada masa penulisan, indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.18% kepada 99.17 manakala GBP / USD telah meningkat sebanyak 0.48% kepada 1.2564.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal tertekan dan menurun sebanyak 0.23% kepada $22.63 setong semasa penulisan berikutan dengan keraguan para pelabur mengenai perjanjian oleh pengeluar terbesar di dunia untuk memotong pengeluaran dapat membantu menstabilkan pasaran dari pandemik koronavirus. Walaupun dengan perjanjian untuk pemotongan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong baru-baru ini, para pelabur masih meluahkan keraguan kerana pasaran global masih menghadapi isu bekalan yang berlebihan serta Aramco masih bersedia untuk memperjuangkan untuk bahagian pasarannya. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.15% kepada $ 1716.62 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kelemahan yang luas dari dolar AS telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke dalam emas yang selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 99.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 100.15, 100.75
Tahap sokongan: 99.05, 98.35

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan leibh tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2585. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2585, 1.2765
Tahap sokongan: 1.2435, 1.2205

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.0945. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0945, 1.1025
Tahap sokongan: 1.0850, 1.0775

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya seleaps ia meemcah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.25, 110.25
Tahap sokongan: 107.55, 106.40

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6450. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6460, 0.6640
Tahap sokongan: 0.6185, 0.5985

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6070. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6205.
Tahap rintangan: 0.6205, 0.6340
Tahap sokongan: 0.6070, 0.5955

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan 1.4005. Oleh sebab kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran.
Tahap rintangan: 1.4005, 1.4255
Tahap sokongan: 1.3805, 1.3610

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9635. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9765, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9635, 0.9495

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 23.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 23.90, 26.05
Tahap sokongan: 21.60, 19.75

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1725.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearisn mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1725.15, 1745.60
Tahap sokongan: 1683.25, 1646.30