14 April 2023 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menjunam di tengah-tengah latar belakang harga yang berkurangan.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama merosot pada hari Khamis selepas data ekonomi menunjukkan risiko inflasi di AS semakin berkurangan. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, US Producer Price Index (PPI) MoM pada bulan Mac mencatatkan penurunan daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.0% ke -0.5%, melepasi jangkaan konsensus sebanyak 0.1%. Sebelum itu, data CPI yang dikeluarkan pada hari Rabu menurun dengan ketara, yang menunjukkan Fed benar-benar membuat kemajuan yang baik dalam usahanya menentang inflasi, yang dibuktikan lagi dengan penurunan dalam PPI. Oleh itu, ia meningkatkan pertaruhan bahawa kadar faedah AS mungkin mencapai kemuncaknya, manakala Fed boleh berundur daripada dasar pengetatan agresifnya. Sebaliknya, pasaran buruh yang rapuh di AS juga telah melanjutkan kerugian Indeks Dolar. US Initial Jobless Claims meningkat kepada 239K daripada 228K sebelumnya secara tidak dijangka, menandakan jumlah pengangguran meningkat pada minggu lalu. Akibatnya, ia mengehadkan ruang untuk kenaikan kadar selanjutnya oleh Fed. Pada masa ini, data ekonomi AS yang penting seterusnya ialah data jualan runcit, yang akan dianalisis untuk mengetahui bagaimana inflasi mempengaruhi perbelanjaan pengguna. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.49% ke 100.68.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.21% ke $82.33 setong setakat penulisan berikutan risiko inflasi yang berkurangan di AS telah meningkatkan permintaan untuk minyak. Di samping itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke $2039.12 se-troy auns semasa penulisan susulan lantunan sedikit Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) | -0.10% | -0.30% | – |
20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Mar) | -0.40% | -0.40% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap Rintangan: 100.90, 102.05
Tahap Sokongan: 99.75, 98.35
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap Rintangan: 1.2595, 1.2860
Tahap Sokongan: 1.2345, 1.2120
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.1100, 1.1300
Tahap sokongan: 1.0890, 1.0740
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap paras tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 135.20, 139.05
Tahap sokongan: 131.15, 127.80
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6910, 0.7045
Tahap sokongan: 0.6775, 0.6605
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6360, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6225, 0.6080
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3675
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3155
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.9070
Tahap sokongan: 0.8765, 0.8650
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 86.40, 91.85
Tahap sokongan: 81.30, 76.80
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 2069.15, 2105.95
Tahap sokongan: 2025.70, 1987.85