14 Mei 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mei 14 – 18
Kajian Pasaran (Forex): Mei 7 – 11
Dolar A.S.
Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah selepas ia susut untuk hari ketiga pada hari Jumaat yang lalu berlatarbelakangkan para pelabur yang mula untuk mengaut keuntungan daripada kenaikannya sebelum ini. Momentum bullish yang dialami terdahulu adalah berpunca dari prospek yang lebih tinggi terhadap kenaikan kadar yang lebih kerap dari Bank Pusat AS. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.14% dan disebut harga berdekatan 92.44 selepas ia mencecah paras tinggi empat bulan setengah di 93.26 pada hari Rabu yang lepas.
Momentum bullish pada dolar telah susut susulan dengan pembebasan data ekonomi yang suram bagi laporan kadar inflasi dan ia telah menurunkan harapan para pelabur untuk mempunyai kenaikan kadar faedah yang lebih kerap. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, Core CPI bagi bulan April hanya memberi bacaan sebanyak 2.1%, lebih rendah berbanding dengan ramalan ekonomis iaitu 2.2%.
Tambahan pula, momentum bearish ke atas dolar telah dipertingkatkan lagi dengan data Import Price Index yang memberi bacaan hanya 0.3% untuk bulan April, tersasar daripada ramalan iaitu 0.5%. Kedua-dua data tersebut memberikan cadangkan bahawa tekanan inflasi di AS telah mula susut dan ia telah mengakibatkan pertaruhan bullish ke atas dolar untuk menurun buat sementara waktu ini.
US Core Inflation Rate

—– Ramalan
Kadar inflasi teras AS telah tersasar daripada jangkaan bulan April dengan bacaan sebenar sebanyak 2.1% berbanding ramalan iaitu 2.2%.
US Import Price Index

Kadar Import Price Indeks bagi bulan April memberikan bacaan sebanyak 0.3%, lebih rendah daripada ramalan konsensus iaitu 0.5%.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah didagang dengan tidak berubah dan disebut harga berdekatan dengan 109.39. Namun, ia masih mencatat keuntungan mingguan sebanyak 0.23%.
EUR/USD
Euro melanjutkan kenaikannya berbanding dengan dolar selepas ia mencatat keuntungan sebanyak 0.22% ke $1.1941. Namun, keuntungannya adalah masih terhad untuk setakat ini selepas data ekonomi yang dilepaskan baru-baru ini di zon Eropah memaparkan isyarat kemelesetan yang boleh menghalang ECB dari mengurangkan kelonggaran dasar mereka pada bulan September nanti.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.17% ke $1.3542 selepas para pelabur mengaut keuntungan daripada mata wang dolar AS.
Kajian Pasaran (Komoditi): Mei 7 – 11
GOLD
Harga emas telah ditawarkan dengan lebih rendah pada hari Jumaat yang lalu selepas para pelabur memberikan sentimen optimistik terhadap penyusutan risiko geopolitik dari Semenanjung Korea berlatarbelakangkan pengumuman sidang kemuncak diantara AS dan Korea Utara pada awal minggu lepas. Harga komoditi tersebut menurun sebanyak 0.24% dan mengakhiri minggu lalu di paras $1,318.21 se troy auns.
Pengumuman sidang kemuncak diantara AS dan Korea Utara yang bakal diadakan di Singapura pada bulan hadapan telah mendorong kepada permintaan yang lebih tinggi bagi aset berisiko. Sebelum ini, risiko geopolitik yang tinggi telah mengehadkan permintaan aset yang berisiko selepas AS dan Korea Utara melemparkan ancaman diantara satu sama lain yang boleh mencetuskan peperangan nuklear diantara dua buah negara tersebut.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah pada hari Jumaat lepas namun masih mampu untuk mencatat keuntungan mingguan berlatarbelakangkan sentimen optimistik di dalam pasaran walaupun pengeluaran minyak dari AS masih meningkat. Harga komoditi hitam tersebut menjunam sebanyak 1.25% ke $70.52 setong namun kekal disokong di atas paras psikologi di $70 setong.
Menurut kepada pembekal servis, Baker Hughes AS telah melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif di AS telah meningkat sebanyak 10 ke 844. Peningkatan tersebut telah mencetuskan prospek untuk pembekalan yang lebih tinggi dari negara tersebut selepas pembekalan harian di AS telah mencatat peningkatan sebanyak 84,000 tong sehari bagi minggu lepas dan jumlahnya kini di paras 10.7 juta tong sehari.
Paras pembekalan AS kini sedang mendekati paras pengeluar minyak yang terbesar di dunia – Rusia yang mempunyai pembekalan harian sebanyak 11 juta tong. Namun, sentimen di dalam pasaran adalah masih positif oleh kerana AS telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari perjanjian nuklear dengan Iran pada hari Selasa lepas dan ia boleh mendorong kepada sekatan ekonomi yang baru untuk dikenakan ke atas negara pengeluar minyak tersebut.
Sekatan yang baru dijangka untuk berkuat kuasa pada 5hb November dan ia boleh mengehadkan eksport minyak dari Iran yang berjumlah sebanyak 250,000 tong sehari. Pengeluaran yang lebih rendah boleh menurunkan tekanan ke atas kelebihan stok global yang telah berlegar sejak 3 tahun yang lepas sementara OPEC mencuba kesemua upaya mereka untuk mengurangkan kelebihan bekalan tersebut melalui pelan pembekuan paras pengeluaran yang telah dilaksanakan sejak awal tahun ini.
Pandangan Mingguan: Mei 14 – 18
Untuk minggu yang akan datang, para pelabur akan memantau laporan inflasi dari zon Eropah bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai momentum ekonomi mereka yang boleh memberikan pandangan mengenai tempoh pengurangan kelonggaran dasar dari ECB. Sementara itu, pembebasan data utama dari AS terutamanya laporan jualan runcit dan indeks sektor pembuatan Philadelphia akan dipantau dengan rapi bagi mendapatkan petunjuk yang lebih lanjut mengenai kesudian Bank Pusat AS untuk meningkatkan kekerapan kenaikan kadar bagi tahun ini.
Bagi pedagang minyak, mereka akan memberi fokus kepada laporan bulanan yang dilepaskan oleh Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) dan International Energy Agency untuk memantau keadaan permintaan dan pembekalan minyak global.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mei 14 – 18
| Isnin, Mei 14 |
Data N/A
Acara USD – FOMC Member Mester Speaks CrudeOIL – OPEC Monthly Report USD – FOMC Member Bullard Speaks
|
| Selasa, Mei 15 |
Data CNY – Industrial Production (YoY) (Apr) CNY – Retail Sales (YoY) (Apr) EUR – German GDP (QoQ) (Q1) GBP – Average Earnings Index +Bonus (Mar) GBP – Claimant Count Change (Apr) GBP – Unemployment Rate (Mar) EUR – German ZEW Economic Sentiment (May) EUR – GDP (QoQ) (Q1) EUR – ZEW Economic Sentiment USD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) USD – Retail Sales (MoM) (Apr) USD – Business Inventories (MoM) (Apr)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes GBP – Inflation Report Hearings
|
| Rabu, Mei 16 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock JPY – GDP (QoQ) (Q1) AUD – Wage Price Index (QoQ) (Q1) JPY – Industrial Production (MoM) (Mar) EUR – German CPI (MoM) (Apr) EUR – CPI (YoY) (Apr) USD – Building Permits (Apr) USD – Housing Starts (Apr) USD – Industrial Production (MoM) (Apr) CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara CrudeOIL – IEA Monthly Report EUR – ECB President Draghi Speaks USD – FOMC Member Bostic Speaks
|
| Khamis, Mei 17 |
Data AUD – Employment Change (Apr) AUD – Unemployment Rate (Apr) USD – Initial Jobless Claims USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (May) USD – Philly Fed Employment (May) CAD – Foreign Securities Purchases (Mar)
Acara USD – FOMC Member Bullard Speaks USD – FOMC Member Kashkari Speaks
|
|
Jumaat, Mei 18
|
Data JPY – National Core CPI (YoY) (Apr) EUR – German PPI (MoM) (Apr) CAD – Core CPI (MoM) (Apr) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara USD – FOMC Member Kaplan Speaks USD – FOMC Member Mester Speaks USD – FOMC Member Brainard Speaks USD – FOMC Member Kaplan Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: Mei 14 – 18
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup niaga di bawah tahap sokongan 92.50. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 92.50, 93.60
Tahap sokongan: 91.70, 90.95
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3445. MACD histogram yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan bias bearish selepas itu.
Tahap rintangan: 1.3600, 1.3785
Tahap sokongan: 1.3445, 1.3300
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.70. MACD histogram yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 109.70, 111.65
Tahap sokongan: 108.40, 106.90
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah memangkas kerugian terdahulu selepas ia melantun dan memecahkan tahap rintangan di 1.1935. MACD histogram yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka pendek dan menuju ke arah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.2055, 1.2170
Tahap sokongan: 1.1935, 1.1770
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah). MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap rintangan di 1325.00.
Tahap rintangan: 1325.00, 1340.00
Tahap sokongan: 1310.00, 1295.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun sebelum tahap sokongan di 70.00. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak ke atas mencadangkan bias bullish. Oleh itu, aliran utama bullish masih mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 71.55.
Tahap rintangan: 70.00, 71.55
Tahap sokongan: 66.45, 63.65