14 Julai 2021 Analisis Sesi Petang
Paun sterling jatuh berikutan data U.K yang suram
Paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah didagang dengan rendah susulan dengan data Retail Sales yang negatif dari U.K semalam. Menurut kepada British Retail Consortium (BRC), data Retail Sales Monitor pada bulan Jun telah mencatatkan penurunan yang mengecewakan dari bacaan sebelumnya sebanyak 18.5% kepada 6.7%. Ini menunjukkan bahawa ekonomi UK masih kekal lemah dan mencetuskan momentum bearish untuk paun sterling. Di samping itu, paun sterling juga melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah wabak pandemik koronavirus yang masih belum dapat diselesaikan di rantau UK, bersama dengan pertikaian antara U.K dan EU mengenai isu Brexit. Sebaliknya, dolar AS melonjak susulan dengan pengeluaran data inflasi pengguna AS yang terkini. Laporan CPI yang terbaru telah mendorong spekulasi pasaran bahawa Fed akan mengetatkan dasar kewangannya dan mendorong para pelabur mengalihkan portfolio mereka dari paun sterling ke dolar AS. Pada masa penulisan, GBP/USD menyusut sebanyak 0.05% hingga 1,3787.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.33% kepada $ 73.65 setong pada masa penulisan. Harga minyak meningkat disebabkan oleh para pelabur menjangkakan kekurangan bekalan minyak dan pengurangan dalam inventori minyak mentah global yang lebih tinggi. Namun, risiko mengenai penyebaran varian Delta mendorong prospek negatif permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.26% kepada $1811.06 se troy auns di tengah-tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 yang telah mengurangkan selera risiko di pasaran kewangan global dan meningkatkan permintaan pasaran terhadap emas sebagai aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
Tentatif CAD BOC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – CPI (YoY) (Jun) | 2.10% | 2.20% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Jun) | 0.80% | 0.50% | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 0.25% | 0.25% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -6.866M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 92.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 92.25, 92.70
Tahap sokongan: 91.65, 91.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3890. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3750.
Tahap rintangan: 1.3890, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3750, 1.3675

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1790. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1705.
Tahap rintangan: 1.1790, 1.1880
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 110.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 111.00, 111.60
Tahap sokongan: 110.45, 109.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7475. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7415.
Tahap rintangan: 0.7475, 0.7545
Tahap sokongan: 0.7415, 0.7330

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7010. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7010, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2470. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2565.
Tahap rintangan: 1.2565, 1.2640
Tahap sokongan: 1.2470, 1.2350

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9195. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.9135.
Tahap rintangan: 0.9195, 0.9245
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 74.20. MACD yang memaparkan isyarat momentm bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 76.35.
Tahap rintangan: 76.35, 78.75
Tahap sokongan: 74.20, 71.15

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1814.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1767.55.
Tahap rintangan: 1814.00, 1853.00
Tahap sokongan: 1767.55, 1725.50