14 Ogos 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Ogos 14 – 18
Kajian Pasaran (Forex): Ogos 7 – 11
Dolar A.S.
Dolar A.S. susut berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat berikutan dengan laporan inflasi A.S. yang lebih lemah daripada jangkaan dan ia telah menurunkan prospek pasaran bagi kenaikan kadar faedah kali ketiga oleh Bank Pusat A.S. (Fed) di dalam tahun ini. Indeks dolar menurun sebanyak 0.33% ke 92.99 pada hari Jumaat yang lalu sambil mencatat kerugian mingguan sebanyak 0.49%.
Menurut kepada Jabatan Buruh, harga pengguna A.S. meningkat dengan hanya 0.1% pada bulan Julai, di bawah ramalan ekonomis sebanyak 0.2%. Harga pengguna bagi perbandingan tahun-ke-tahun meningkat dengan kadar sebanyak 1.7%, berbanding dengan sebelumnya iaitu 1.6%. Tekanan inflasi yang lebih rendah berkemungkinan untuk memaksa Fed mengambil sikap yang lebih berjaga-jaga sebelum meningkatkan kadar faedah mereka menjelang akhir tahun nanti. Menurut Fed Rate Monitor Tool, para pelabur memberikan harga peluang sebanyak 35% untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Disember nanti.
US Inflation Rate (MoM)

—– Ramalan
Kadar inflasi A.S. bagi bulan Julai memberi bacaan sebanyak 0.1%, tersasar daripada ramalan ekonomis sebanyak 0.2%.
US Inflation Rate

—– Ramalan
Bagi perbandingan tahun-ke-tahun, kadar inflasi A.S. meningkat sedikit ke 1.7% bagi bulan Julai, berbanding dengan bulan sebelumnya dengan hanya 1.6%.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY ditutup dengan tidak berubah di 109.19, tidak jauh dari paras rendah 16 minggu selepas ketegangan geopolitik diantara Amerika Syarikat dan Korea Utara makin meningkat.
EUR/USD
Euro melonjak sebanyak 0.42% ke $1.1821 berbanding dengan dolar A.S. selepas Morgan Stanley meningkatkan unjuran bagi mata wang tersebut untuk mencapai paras 1.25 menjelang awal tahun depan.
GBP/USD
Great British Pound meningkat sebanyak 0.24% ke $1.3008 semasa sesi lewat dagangan Jumaat.
Kajian Pasaran (Komoditi): Ogos 7 – 11
GOLD
Harga emas mencecah paras tinggi dua bulan pada hari Jumaat yang lalu berikutan dengan laporan inflasi A.S. yang lebih lemah daripada yang dijangka serta ditambah pula dengan ketegangan geopolitik diantara Amerika Syarikat dan Korea Utara. Harga logam kuning menokok sebanyak 0.38% dan mengakhiri minggu lepas di tahap $ 1,295.00, harga penutup paling tinggi sejak 6 Jun.
Permintaan bagi aset selamat seperti Yen, Swiss Franc dan emas meningkat sejak awal minggu ini selepas Pyongyang menyatakan bahawa mereka akan membangunkan satu rancangan pada pertengahan Ogos untuk melancarkan peluru berpandu berjarak sederhana ke sasarannya di wilayah A.S. iaitu Guam. Sejurus kenyataan tersebut dilepaskan, Presiden A.S. Donald Trump memberi amaran kepada Korea Utara bahawa sebarang ancaman terhadap Amerika Syarikat akan dipenuhi dengan “kebakaran dan kemarahan” dari pihak mereka. Selain itu, permintaan bagi logam berharga menerima sokongan selanjutnya susulan penurunan nilai pertukaran pada dolar AS.
Crude Oil
Harga minyak didagang dengan lebih tinggi pada hari Jumaat namun masih mencatat kerugian mingguan selepas kebimbangan pasaran makin berterusan mengenai kelebihan bekalan global. Selain itu, pelabur juga sedang memantau perkembangan di antara A.S. dan Korea Utara yang mungkin menurunkan permintaan pelabur untuk aset yang mempunyai kadar pulangan yang tinggi berikutan dengan risiko yang lebih tinggi di dalam pasaran kewangan. Harga minyak mentah mengakhiri minggu lalu dengan 23 sen atau 0.5% lebih rendah pada $48.82, tidak jauh dari paras rendah dua minggu setengah iaitu $47.98.
Menurut kepada laporan yang dibebaskan oleh International Energy Agency, kadar pematuhan OPEC terhadap pelan pembekuan pengeluaran harian telah susut ke paras 75% pada bulan lalu, kadar yang paling rendah sejak perjanjian tersebut dimulakan pada bulan Januari. Laporan pesimis tersebut dibebaskan sehari selepas OPEC mengeluarkan laporan bulanannya yang menunjukkan peningkatan pada pengeluaran mereka dan ia didorong oleh Libya dan Nigeria yang dikecualikan dari pelan pembekuan tersebut.
Selain itu, firma perkhidmatan minyak Amerika Syarikat, Baker Hughes melaporkan pada hari Jumaat bahawa kiraan mingguan bagi pelantar minyak telah meningkat sebanyak 3 dan jumlah keseluruhannya berada di paras 768 bagi minggu lepas. Lantunan pada aktiviti penggerudian minyak di A.S. telah memberikan tekanan yang selanjutnya ke atas harga minyak berikutan dengan peningkatan pengeluaran dari negara tersebut.
Baker Hughes Oil Rig Count A.S.

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 3 dan jumlah keseluruhan kini di paras 768.
Pandangan Mingguan: Ogos 14 – 18
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada minit mesyuarat Bank Pusat A.S. bagi mendapatkan petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah seterusnya. Selain itu, para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada laporan jualan runcit A.S. yang dapat mengukur tahap perbelanjaan pengguna berlatarbelakangkan tekanan inflasi yang masih lemah. Di rantau yang lain, data UK mengenai inflasi dan pekerjaan akan menjadi tumpuan di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan ekonomi akibat daripada Brexit.
Di dalam pasaran minyak, para pelabur akan menumpu kepada maklumat terkini mengenai stok minyak mentah A.S. pada hari Selasa dan Rabu untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak yang terbesar di dunia. Begitu juga, para pelabur akan memberi perhatian kepada kenyataan dari pengeluar minyak global berhubung dengan pematuhan mereka terhadap perjanjian pemotongan pengeluaran minyak.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Ogos 14 – 18
| Isnin, Ogos 14 |
Data NZD – Core Retail Sales (QoQ) NZD – Retail Sales (QoQ) (Q2) JPY – GDP (QoQ) (Q2) CNY – Fixed Asset Investment (YoY) (Jul) CNY – Industrial Production (YoY) (Jul)
Acara N/A
|
| Selasa, Ogos 15 |
Data EUR – German GDP (QoQ) (Q2) CHF – PPI (MoM) (Jul) GBP – CPI (YoY) (Jul) USD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) USD – Retail Sales (MoM) (Jul) USD – NY Empire State Manufacturing Index (Aug)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes
|
| Rabu, Ogos 16 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jun) GBP – Claimant Count Change (Jul) EUR – GDP (QoQ) (Q2) USD – Building Permits (Jul) USD – Housing Starts (Jul) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara USD – FOMC Meeting Minutes
|
| Khamis, Ogos 17 |
Data AUD – Employment Change (Jul) GBP – Retail Sales (MoM) (Jul) EUR – CPI (YoY) (Jul) USD – Initial Jobless Claims USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug)
Acara EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting USD – FOMC Member Kaplan Speaks
|
|
Jumaat, Ogos 18
|
Data CAD – Core CPI (MoM) (Jul) USD – Michigan Consumer Sentiment (Aug) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Ogos 14 – 18
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Penutupan niaganya di bawah tahap 93.00 baru-baru ini mencadangkan indeks dolar untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 92.00.
Tahap rintangan: 93.00, 94.00, 94.95
Tahap sokongan: 92.00, 91.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GPBUSD telah kekal didagang di dalam saluran menaik yang menyempit sementara ia telah melantun dari tahap sokongan 1.2970 baru-baru ini. Penunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan bias menaik kepada GBPUSD dan menuju ke sasaran tahap rintangan di 1.3100.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3230
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2860
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 108.80. Pergerakan harga tersebut mencadangkan bias menaik bagi jangka pendek dan sasaran pertamanya berada di 109.40. Walaubagaimanapun, arah aliran jangka panjang masih mencadangkan USDJPY untuk meneruskan kerugiannya selepas kedua-dua garisan MA melebarkan jarak dan menuju ke bawah.
Tahap rintangan: 109.40, 110.10
Tahap sokongan: 108.80, 108.10
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah memangkas kerugian sebelumnya selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan tersebut yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya dan menguji semula di tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.1800.
Tahap rintangan: 1.1880, 1.2000
Tahap sokongan: 1.1700, 1.1550
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah menamatkan kenaikannya selepas ia berundur sebelum tahap rintangan di 1295.00. Pergerakan harga ini mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 1281.10. Namun, arah aliran jangka panjang masih memberikan bias menaik selepas kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke atas.
Tahap rintangan: 1295.00, 1307.00
Tahap sokongan: 1281.10, 1270.35
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh di 50.00. MACD histogram yang mula untuk memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan harga minyak mentah untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 48.50.
Tahap rintangan: 50.00, 51.50
Tahap sokongan: 48.50, 47.00