14 Ogos 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar berundur susulan harapan rangsangan yang semakin pudar.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh pada sesi awal Asia kerana harapan untuk rangsangan ekonomi tambahan telah menyusut disebabkan oleh kebuntuan dari Demokrat dan Republik. Dari segi data, data Initial Jobless Claims telah bertambah baik dengan bacaan sebanyak 963k, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 1120K. Namun, data tersebut masih tidak dapat membantu dolar untuk mendapat kembali keyakinannya kerana kebuntuan dalam perbincangan tentang pakej rangsangan terbaru kekal menimbang dalam pasaran. Setakat ini, para penggubal undang-undang A.S. masih belum dapat mencapai kata sepakat mengenai pakej rangsangan Covid-19 terbaru di negara A.S di mana pakej yang banyak dirasakan adalah perlu untuk memastikan pemulihan ekonomi berjalan dengan lancar. Presiden A.S. Donald Trump telah menuduh Demokrat tidak mahu berunding mengenai pakej tersebut dengan perunding Republik dan Demokrat saling menyalahkan sesama sendiri dan rundingan berakhir tanpa sebarang keputusan untuk hari kelima. Presiden Richmond Fed Thomas Barkin menyatakan bahawa ekonomi AS akan mengalami kemerosotan yang lebih lanjut sekiranya AS gagal memberikan lebih banyak bantuan kewangan. Pada masa penulisan, indeks dolar merosot sebanyak 0.22% kepada 93.18.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0.15% kepada $ 42.33 setong semasa penulisan susulan ramalan negatif dari IEA. Menurut laporan, IEA menyatakan bahawa ia sekarang menjangkakan permintaan minyak global untuk tahun 2020 pada 91.1 juta tong sehari, mencerminkan penurunan 8.1 juta tong sehari dari tahun ke tahun. Ramalan yang disemak semula tersebut adalah 140,000 tong sehari lebih rendah daripada jangkaan IEA sebelumnya. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.33% kepada $ 1960.38 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kelemahan dan pengunduran dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20.30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) | 7.3% | 1.3% | – |
| 20.30 | USD – Retail Sales (MoM) (Jul) | 7.5% | 1.9% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 94.00.
Tahap rintangan: 94.00, 95.70
Tahap sokongan: 92.45, 90.70

GBPUSD, H4: GBPUSD rkekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3005. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan permulaan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.3200.
Tahap rintangan: 1.3200, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3005, 1.2810

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1705 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1895.
Tahap rintangan: 1.1895, 1.1985
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1575

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 106.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.40, 108.05
Tahap sokongan: 106.75, 106.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7190. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7075.
Tahap rintangan: 0.7190, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7075, 0.6970

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6590 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6510.
Tahap rintangan: 0.6590, 0.6685
Tahap sokongan: 0.6510, 0.6395

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3195. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.3330.
Tahap rintangan: 1.3330, 1.3485
Tahap sokongan: 1.3195, 1.3095

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9065. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9065, 0.8985

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 42.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 41.05.
Tahap rintangan: 42.60, 43.55
Tahap sokongan: 41.05, 39.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1970.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1970.60, 2016.10
Tahap sokongan: 1908.55, 1857.95