14 September 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat dengan jangkaan hawkish dari Fed.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan jangkaan bahawa Federal Reserve mungkin mula mengurangkan program pembelian bonnya pada akhir tahun ini walaupun terdapat peningkatan dalam kes Covid-19. Menurut Reuters, Presiden Presiden Philadelphia Fed Patrick Harker mendakwa bahawa beliau akan menyokong Bank Pusat AS untuk mulai mengurangkan pembelian bon pada tahun ini. Selain itu, anggota Federal Reserve yang lain seperti Presiden Cleveland Fed Loretta Mester juga menyatakan pentingnya memperketat dasar monetari untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi di masa depan. Pengurangan program pembelian bon bermaksud langkah menuju dasar monetari yang lebih ketat, yang akan mengurangkan peredaran wang di pasaran sambil meningkatkan daya tarikan untuk Dolar AS. Walaupun demikian, oleh kerana kekurangan data ekonomi penting dari Amerika Syarikat semalam, pergerakan keseluruhan Dolar AS tetap lemah. Oleh itu, pelabur akan terus meneliti kemas kini terkini berkenaan dengan data penting dari wilayah AS minggu ini untuk mengukur kemungkinan pergerakan untuk Dolar AS. Pada penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.05% ke 92.60.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.05% ke $70.70 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak telah melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan minyak A.S. berikutan kemusnahan dari Taufan Ida, bersama dengan jangkaan permintaan yang lebih tinggi di tengah prospek positif vaksinasi Covid-19. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.03% ke $1793.10 se troy auns semasa penulisan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jul) | 8.80% | 8.20% | – |
| 14:00 | GBP – Claimant Count Change (Aug) | -7.8K | – | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Aug) | 0.30% | 0.30% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 92.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.70, 93.25
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3805. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mecadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3880, 1.3945
Tahap sokongan: 1.3805, 1.3735

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1810. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1810, 1.1840
Tahap sokongan: 1.1760, 1.1705

USDJPY, H4:USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.40, 111.10
Tahap sokongan: 109.65, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7340. MACD yang memaparkan momentum bearish mecadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7475, 0.7590
Tahap sokongan: 0.7340, 0.7280

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7080. MACD yang memaparkan momentum bearish mecadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7160, 0.7255
Tahap sokongan: 0.7080, 0.7015

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2625. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2725
Tahap sokongan: 1.2625, 1.2580

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9230. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9105, 0.9035

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 70.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 70.40, 71.55
Tahap sokongan: 67.70, 66.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1796.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1796.55, 1807.15
Tahap sokongan: 1778.55, 1754.70
Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investmnt products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts