14 October 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun sterling menjunam susulan ketakutan Brexit.
Semasa awal sesi Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan mata wang lain telah mengalami penjualan yang ketara dan kehilangan 1% berikutan dengan kebimbangan mengenai Brexit tanpa perjanjian dan juga kemungkinan dalam sekatan disebabkan oleh koronavirus. Oleh kerana rundingan Brexit menghampiri tarikh akhir 15 Oktober, harapan sebelum ini dalam mencapai kesepakatan dengan EU semakin pudar. Menteri luar Perancis Jean-Yves Le Drian menyatakan bahawa kemungkinan UK untuk meninggalkan EU tanpa perjanjian perdagangan kini menjadi “hipotesis yang boleh dipercayai”. Ini telah menambahkan pengesahan lebih lanjut mengenai Brexit yang keras. Setakat ini, kerajaan Perancis masih enggan untuk mengikuti tuntutan UK atas penguasaan terhadap perikanannya di mana masalah ini kekal merupakan sekatan besar bagi kedua-dua belah pihak untuk mencapai kata sepakat. Di samping itu, sentimen paun juga dikurangkan oleh kebimbangan terhadap sekatan yang berkemungkinan akan berlaku. Oleh kerana UK terus mencatat lonjakan harian dalam kes, dua penasihat kerajaan terkemuka telah mengemukakan idea untuk penutupan selama dua minggu semasa cuti sekolah dari 24 Oktober hingga 7 November. Pada masa penulisan, GBP/USD menjunam sebanyak 0.22% kepada 1.2932 .
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.11% kepada $ 40.55 setong semasa penulisan berikutan dengan permintaan yang meningkat dari China. Menurut kepada data Pentadbiran Umum Kastam, import minyak mentah di China meningkat kepada 1.18 juta tong pada bulan September. Data tersebut berjaya membantu dalam mengurangkan kebimbangan pasaran mengenai kesan COVID-19 terhadap permintaan global minyak. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0,09% kepada $1892,20 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar yang didorong oleh harapan rangsangan ekonomi yang semakin pudar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16.00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20.30 | USD – PPI (MoM)(Sep) | 0.3% | 0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 93.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.55, 94.65
Tahap sokongan: 92.70, 91.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2775.
Tahap rintangan: 1.3005, 1.3260
Tahap sokongan: 1.2775, 1.2510

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1760. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1615.
Tahap rintangan: 1.1760, 1.1880
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1455

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dnegan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 105.80.
Tahap rintangan: 105.80, 106.45
Tahap sokongan: 105.15, 104.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7200. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7105.
Tahap rintangan: 0.7200, 0.7340
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7005

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6655. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6595.
Tahap rintangan: 0.6655, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6595, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3145. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3145, 1.3240
Tahap sokongan: 1.2995, 1.2890

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9080. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9185.
Tahap rintangan: 0.9185, 0.9235
Tahap sokongan: 0.9080, 0.90000

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 41.40.
Tahap rintangan: 41.40, 43.95
Tahap sokongan: 39.00, 36.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran tahap sokongan 1879.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1918.90, 1970.55
Tahap sokongan: 1879.05, 1847.70