83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Oktober 2020                                Analisis Sesi Petang

Dolar meningkat dengan kekurangan sentimen selera risiko.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat keuntungannya di tengah-tengah kekurangan harapan untuk vaksin koronavirus selepas Johnson & Johnson telah menghentikan percubaan vaksin Covid-19, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mencetuskan permintaan yang ketara ke atas aset selamat Dolar AS. Tambahan pula, kebuntuan di antara kedua-dua parti Republik dan Demokrat A.S. terhadap rangsangan ekonomi A.S. terkini juga telah mempengaruhi sentimen pasaran, yang selanjutnya memberikan prospek positif ke atas aset selamat Dolar AS. Menurut kepada CNBC, Speaker DPR Nancy Pelosi telah menolak tawaran bantuan koronavirus Trump yang bernilai sebanyak $1.8 trilion pada hari semalam. Selain itu, beliau juga mengulangi bahawa proposal dari pemerintahan Trump tidak memiliki rencana strategis untuk memerangi impak negatif yang akibat daripada wabak koronavirus. Oleh kerana para pelabur menjangkakan bahawa rangsangan ekonomi yang agresif akan mengurangkan nilai untuk mata wang Dolar AS dengan risiko inflasi yang lebih tinggi pada masa depan, penyusutan dalam harapan rangsangan ekonomi telah meningkatkan permintaan yang lanjutnya ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, ketidakpastian yang ketar masih ada di pasaran kewangan global, justerunya para pelabur perlu terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi dari A.S., vaksin koroanvirus dan juga Pilihan Raya A.S. untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.02% ke 93.45.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.15% ke $40.35 se tong semasa penulisan susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak dari seluruh dunia dan juga penyusutan dalam harapan vaksin koronavirus telah memberikan prospek negatif ke atas minyak mentah pada masa depan. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.30% ke $1896.70 se troy auns semasa penulisan susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

16.00                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – PPI (MoM)(Sep) 0.3% 0.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 93.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 93.50.

 

Tahap rintangan: 93.50, 94.10

Tahap sokongan: 92.70, 92.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2945. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2865.

 

Tahap rintangan: 1.2945, 1.3000

Tahap sokongan: 1.2865, 1.2785

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1790. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1645.

 

Tahap rintangan: 1.1790, 1.1950

Tahap sokongan: 1.1645, 1.1455

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. Disebabkan oleh kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 105.75, 106.05

Tahap sokongan: 105.15, 104.50

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7205.

 

Tahap rintangan: 0.7205, 0.7265

Tahap sokongan: 0.7140, 0.7080

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6655. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6655, 0.6725

Tahap sokongan: 0.6610, 0.6570

 

.

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementarai ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.3140, 1.3235

Tahap sokongan: 1.3025, 1.2950

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9180.

 

Tahap rintangan: 0.9180, 0.9225

Tahap sokongan: 0.9120, 0.9050

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 40.40. MACD yang masih memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 39.85.

 

Tahap rintangan: 40.40, 40.90

Tahap sokongan: 39.85, 39.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntugannnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1899.40.

 

Tahap rintangan: 1899.40, 1915.75

Tahap sokongan: 1876.85, 1850.85