14 Oktober 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun meningkat susulan dengan data ekonomi positif.
Paun Sterling telah melonjak semalam dengan latar belakang data ekonomi optimisme dari rantau UK. Menurut Office for National Statistics, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk bulan lalu telah memberi bacaan sebanyak 6.9%, melebihi ramalan pasaran pada 6.7%. Sementara itu, Pengeluaran Pembuatan UK meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya -0.6% ke 0.5%, lebih baik daripada ramalan pasaran pada 0.1%. Oleh kerana kedua-dua data ekonomi penting telah menunjukkan bacaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan, yang mencetuskan prospek positif terhadap pemulihan ekonomi pasca-Covid untuk UK. Walaupun demikian, Paun Sterling telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan ketidakpastian mengenai isu Brexit di antara UK dan Eropah. Buat masa ini, anggota EU telah berulang kali mendakwa bahawa mereka tidak bersedia untuk merundingkan semula protokol Brexit. Para pelabur membuat spekulasi bahawa kegagalan rundingan semula akan terus menjejaskan momentum ekonomi di UK. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.08% ke 1.3670.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.10% ke $80.85 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih rendah dengan latar belakang data ekonomi yang bearish. Menurut American Petroleum Institute, Stok Minyak Mentah Mingguan API A.S. memberi bacaan sebanyak 5.213M, kehilangan ramalan pasaran sebanyak 0.140M. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.10% ke $1792.15 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah peserta pasaran mengalihkan portfolio mereka ke aset selamat untuk melindungi nilai risiko inflasi yang tinggi berikutan Amerika Syarikat mengeluarkan data inflasi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 326K | 328K | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Sep) | 0.70% | 0.60% | – |
| 23:00 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 2.346M | -0.418M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 94.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 93.75.
Tahap rintangan: 94.40, 94.75
Tahap sokongan: 93.75, 93.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3640. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3735.
Tahap rintangan: 1.3735, 1.3805
Tahap sokongan: 1.3640, 1.3550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.1575. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1630.
Tahap rintangan: 1.1630, 1.1675
Tahap sokongan: 1.1575, 1.1525

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 112.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum beaish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 114.00, 115.40
Tahap sokongan: 112.30, 110.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7400. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7400, 0.7475
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7235

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6975. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6975, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6860

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2425. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2575, 1.2685
Tahap sokongan: 1.2425, 1.2310

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9230. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9155

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 79.20. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 81.85.
Tahap rintangan: 81.85, 83.05
Tahap sokongan: 79.20, 76.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1780.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1805.25.
Tahap rintangan: 1805.25, 1828.55
Tahap sokongan: 1780.65, 1768.05