83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Oktober 2022                                Analisis Sesi Petang

 

Liz Truss mungkin akan membatalkan sebahagian pelan pemotongan cukai.

Pound Sterling, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global, melonjak susulan berita melaporkan bahawa kerajaan baharu UK sedang berbincang untuk membatalkan rancangan pemotongan cukai itu. Awal minggu lalu, kerajaan Liz Truss mengumumkan satu siri rancangan pemotongan cukai untuk mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat di UK. Walau bagaimanapun, kerajaan UK kini sedang mempertimbangkan untuk membatalkan pelan pemotongan cukai berikutan tindak balas yang buruk daripada penduduk UK. Dari segi ekonomi, pelabur menganggap bahawa pelan pemotongan cukai akhirnya akan memburukkan lagi risiko kemelesetan di UK kerana ia mungkin menaikkan defisit bajet UK. Dengan itu, ia mengurangkan keyakinan pelabur terhadap perkembangan ekonomi UK. Walau bagaimanapun, berita mengenai pembatalan pelan pemotongan cukai menghidupkan semula sentimen pasaran di UK. Buat masa ini, semua pelabur sedang memberikan tumpuan terhadap program pembelian bon, yang dijadualkan berakhir pada hari ini. Sebarang lanjutan pelan pembelian bon kecemasan akan dapat  menyokong ekonomi melalui kemelesetan ekonomi. Semasa penulisan, pasangan mata wang GBP/USD meningkat 0.04% ke 1.1333.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.06% ke $89.40 setong berikutan kejatuhan nilai indeks dolar, yang mengheret turun kos minyak bagi pembeli bukan AS. Selain itu, harga emas naik 0.06% kepada $1667.45 setiap troy auns di tengah-tengah kelemahan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Sep) -0.3% -0.1%
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (Sep) 0.3% 0.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 113.30. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 111.25.

 

Tahap rintangan: 113.30, 115.00

Tahap sokongan: 111.25, 109.00

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1350. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1.1350, 1.1620

Tahap sokongan: 1.1050, 1.0870

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9685. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9830.

 

Tahap rintangan: 0.9830, 0.9910

Tahap sokongan: 0.9685, 0.9585

 

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 147.30. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 147.30, 149.35

Tahap sokongan: 144.70, 141.75

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6285. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6430.

 

 

Tahap rintangan: 0.6430, 0.6530

Tahap sokongan: 0.6285, 0.6165

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.5625. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.5710.

 

Tahap rintangan: 0.5710, 0.5775

Tahap sokongan: 0.5625, 0.5565

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3715. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3855, 1.4000

Tahap sokongan: 1.3715, 1.3600

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.0030. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan di 0.9920.

 

 

Tahap rintangan: 1.0030, 1.0110

Tahap sokongan: 0.9920, 0.9825

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 89.45. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 89.45, 96.65

Tahap sokongan: 86.15, 80.60

 

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1661.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1693.35, 1726.15

Tahap sokongan: 1661.40, 1627.40