83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 December 2021                            Analisis Sesi Petang

 

Aussie menjunam susulan kebimbangan terhadap Omicron yang semakin meningkat.

Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain terus melanjutkan kerugiannya dan jatuh di tengah-tengah peningkatan dalam kebimbangan terhadap varian Omicron. Menurut kepada laporan daripada Bloomberg, negeri terbesar Australia, dari segi populasi, New South Wales (NSW) telah merekodkan jumlah jangkitan virus harian tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan dengan 804 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam. Ia merupakan peningkatan yang terbesar sejak 2 Oktober apabila Sydney berada di tengah-tengah sekatan selama berbulan-bulan untuk memerangi varian delta. Situasi ini berkemungkinan akan mendorong kerajaan untuk melaksanakan semula sekatan bagi mengekang penularan virus itu. Sebaliknya, ketegangan yang meningkat antara A.S. dan China juga membebankan pasangan ini. Baru-baru ini, pentadbiran Presiden AS Joe Biden mengenakan sekatan ekonomi ke atas syarikat teknologi buatan China, SenseTime Group dan dua pegawai kanan kerajaan di wilayah Far West Xinjiang atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia di rantau itu. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.09% kepada 0.7104.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh sebanyak 0.49% kepada $70.58 setong semasa penulisan tengah-tengah kebimbangan permintaan terhadap varian Omicron. Disebabkan oleh peningkatan kes Omicron, kerajaan di seluruh dunia, termasuk Britain dan Norway baru-baru ini mengetatkan sekatan untuk menghentikan penyebaran varian Omicron. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.08% kepada $1786.27 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari In

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Oct) 5.80% 4.50%
15:00 GBP – Claimant Count Change (Nov) -14.9K
21:30 USD – PPI (MoM) (Nov) 0.60% 0.60%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 96.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.35, 96.85

Tahap sokongan: 95.70, 94.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3190. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3190, 1.3055

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1265. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1.1355, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1265, 1.1170

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan momentum dan arah yang jelas dari MACD, ia telah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 113.80, 114.60

Tahap sokongan: 112.75, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7105. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7175, 0.7260

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7005

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6725. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6815, 0.6905

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6630

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.2735. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2865.

 

Tahap rintangan: 1.2865, 1.2955

Tahap sokongan: 1.2735, 1.2615

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan arah yang jelas dan momentum, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.9250, 0.9320

Tahap sokongan: 0.9170, 0.9105

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 72.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 68.90.

 

Tahap rintangan: 72.70, 75.25

Tahap sokongan: 68.90, 65.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1787.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1787.75, 1806.80

Tahap sokongan: 1763.05, 1744.00