15 Januari 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat susulan jangkaan terhadap rangsangan yang lebih lanjut.
Semasa awal sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama tetap stabil dan meningkat apabila jangkaan terhadap rangsangan yang besar terus menyokong permintaan dolar AS. Menurut kepada CNN, presiden yang terpilih Joe Biden akan mengeluarkan perincian mengenai rancangan pakej rangsangan fiskal pada hari Khamis sekitar $2 trilion. Oleh kerana prospek rancangan rangsangan yang lebih tinggi, pinjaman kerajaan juga dijangka akan meningkat yang membebani bon kerajaan AS dan menyebabkan kadar hasil perbendaharaan melonjak ke atas 1% untuk pertama kalinya sejak Mac. Selain itu, faktor lain yang menyokong dolar adalah kebimbangan mengenai Fed berkemungkinan akan mengurangkan dasar kewangannya dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan berikutan dengan pemulihan ekonomi. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.11% hingga 90.16.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.15% kepada $53,72 setong semasa penulisan susulan dengan semakan OPEC mengenai pertumbuhan permintaan dan prospek rangsangan yang lebih lanjut. Menurut kepada laporan, pertumbuhan ekonomi dunia global telah disemak sedikit dengan lebih tinggi daripada laporan bulan lalu dan dianggarkan akan menyusut sebanyak 4.1%, berbanding dengan ramalan bulan sebelumnya sebanyak -4.2%. Pada masa yang sama, harapan terhadap pentadbiran Biden untuk melancarkan satu lagi pembayaran rangsangan dalam jumlah $ 1400 setiap orang juga membantu meningkatkan harga komoditi ini. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.08% kepada $1846.90 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15.00 | GBP – GDP (MoM) | 0.4% | – | – |
| 15.00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Nov) | 1.7% | 0.9% | – |
| 15.00 | GBP – Monthly GDP 3M/3M Change | 10.2% | – | – |
| 21.30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) | -0.9% | -0.1% | – |
| 21.30 | USD – PPI (MoM) (Dec) | 0.1% | 0.4% | – |
| 21.30 | USD – Retail Sales (MoM) (Dec) | -1.1% | -0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 90.55. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 89.65.
Tahap rintangan: 90.55, 91.40
Tahap sokongan: 89.65, 88.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3700. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.3490.
Tahap rintangan: 1.3700, 1.3855
Tahap sokongan: 1.3490, 1.3300

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2145. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.2295.
Tahap rintangan: 1.2295, 1.2395
Tahap sokongan: 1.2145, 1.2010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 103.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 104.50, 105.15
Tahap sokongan: 103.70, 102.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7785. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7785, 0.7885
Tahap sokongan: 0.7655, 0.7555

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7280.
Tahap rintangan: 0.7280, 0.7380
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7095

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2680. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2540.
Tahap rintangan: 1.2680, 1.2830
Tahap sokongan: 1.2540, 1.2390

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.8920. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.8840.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.8985
Tahap sokongan: 0.8840, 0.8775

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 52.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 54.60.
Tahap rintangan: 54.60, 57.30
Tahap sokongan: 52.70, 50.85

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1815.15.
Tahap rintangan: 1859.65, 1895.30
Tahap sokongan: 1815.15, 1769.75.