15 Januari 2021 Analisis Sesi Tengah Hari
Euro menyusut susulan isyarat ECB yang bercampuran.
Euro menerima tekanan menurun semasa pertengahan sesi Asia selepas minit mesyuarat Bank Pusat Eropah dari bulan Disember memaparkan isyarat yang bercampuran mengenai pemulihan ekonomi di EU. Di dalam minit mesyuarat, Presiden ECB Christine Lagarde yakin ke atas pemulihan ekonomi EU bagi tahun 2021 walaupun peningkatan kes koronavirus telah mendorong pengetatan kawalan serta kesukaran dalam program vaksinasi. Ramalan ECB masih dilihat sebagai “wajar” dan beliau mengulas bahawa “mereka tidak mempunyai sebarang alasan bahawa ramalan untuk kali ini adalah tidak tepat”. Peningkatan kes koronavirus di zon Eropah telah memaksa kerajaan pusat untuk mengetatkan semula kawalan pergerakan yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi di EU. Lagarde memberi amaran bahawa ia akan menjadi masalah utama kepada bank pusat sekiranya kawalan pergerakan dilanjutkan selepas bulan Mac. Beliau juga menegaskan bahawa risiko yang masih menyelubungi EU bakal memerlukan kelonggaran dasar dari ECB bagi memberikan sokongan yang mencukupi kepada pemulihan ekonomi mereka. Isyarat yang disampaikan dari ECB memaparkan bahawa kelonggaran dasar akan dilanjutkan bagi tempoh masa yang lebih panjang untuk memastikan kekukuhan ekonomi EU. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.07% ke 1.2148.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara tidak berubah di paras $53.56 setong. Para pelabur akan memberi tumpuan kepada laporan bilangan pelantar minyak dari AS untuk melihat trend dan paras pembekalan. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,851.98 se troy auns susulan dengan dolar AS yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15.00 | GBP – GDP (MoM) | 0.4% | – | – |
| 15.00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Nov) | 1.7% | 0.9% | – |
| 15.00 | GBP – Monthly GDP 3M/3M Change | 10.2% | – | – |
| 21.30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) | -0.9% | -0.1% | – |
| 21.30 | USD – PPI (MoM) (Dec) | 0.1% | 0.4% | – |
| 21.30 | USD – Retail Sales (MoM) (Dec) | -1.1% | -0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 90.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.80.
Tahap rintangan: 90.55, 91.15
Tahap sokongan: 89.80, 89.15

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3695. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3695, 1.3795
Tahap sokongan: 1.3620, 1.3450

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2140. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2215, 1.2310
Tahap sokongan: 1.2140, 1.2055

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.70. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 104.15, 104.70
Tahap sokongan: 103.70, 103.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7695. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7820, 0.7940
Tahap sokongan: 0.7695, 0.7605

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7235. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7165.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7115

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2630. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2720, 1.2825
Tahap sokongan: 1.2630, 1.2520

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.8915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.8915, 0.8980
Tahap sokongan: 0.8825, 0.8755

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 53.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 53.85, 54.95
Tahap sokongan: 52.55, 51.45

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1843.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1897.45, 1952.70
Tahap sokongan: 1843.50, 1776.95