83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Februari 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

 

Dolar susut, sterling menjunam.

Dolar AS telah didagang secara berayun pada hari Khamis selepas data ekonomi yang suram menurunkan sentimen bullish terhadap mata wang tersebut. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.02% ke 96.80 semasa sesi Asia. Menurut kepada US Commerce Department, data Retail Sales bagi bulan Disember mengecut sebanyak -1.2%, penurunan yang terbesar semenjak tahun 2009. Namun, para ekonomi mengulas bahawa keadaan yang bearish tersebut hanya untuk sementara waktu oleh kerana pasaran pekerjaan yang kukuh bakal menyokong perbelanjaan pengguna bagi tempoh masa yang akan datang. Selain itu, data tersebut juga telah mengesahkan sentimen berjaga-jaga dari Bank Pusat AS dan mereka bakal memberi tumpuan kepada data ekonomi yang akan datang. Untuk rantau UK, pasangan GBP/USD mengalami kerugian sebanyak 0.10% ke 1.2799, paras yang terendah di dalam tempoh sebulan. Semalam, PM UK Theresa May telah mengalami kekalahan di dalam parlimen selepas ahli penggubal dasar membantah seruan beliau untuk menyokong membuat perubahan ke atas perjanjian Brexit. Ini telah meningkatkan kemungkinan untuk berlakunya Brexit tanpa perjanjian dan May akan menghadapi satu lagi undian parlimen pada akhir bulan ini sekiranya beliau mampu membuat perubahan ke atas perjanjian sempadan Ireland.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meneruskan keuntungannya sebanyak 0.09% ke $54.47 setong. Pasaran bullish masih menguasai arah tuju komoditi ini berikutan dengan optimisme terhadap pemotongan pembekalan Saudi serta rundingan perdagangan AS-China. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.04% ke $1,311.75 se troy auns berikutan dengan penurunan sentimen penghindaran risiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acaa

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acaa

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Jan) -0.9% 0.2%
21:30 USD – Import Price Index (MoM) (Jan) -1.0% -0.1%
21:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Feb) 3.90 7.10
23:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Feb) 91.2 93.3
02:00 (16hb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 854

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 97.00.

Tahap rintangan: 97.00, 97.30

Tahap sokongan: 96.65, 96.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah sasaran 1.2800. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.2700.

Tahap rintangan: 1.2800, 1.2855

Tahap sokongan: 1.2700, 1.2610

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1300. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan sejajar dengan trend bearish semasa.

Tahap rintangan: 1.1300, 1.1330

Tahap sokongan: 1.1250, 1.1220

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 110.50. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 110.50.

Tahap rintangan: 111.00, 111.45

Tahap sokongan: 110.50, 110.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7070. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.7070.

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7275

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6855. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6800.

Tahap rintangan: 0.6830, 0.6855

Tahap sokongan: 0.6800, 0.6770

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3280. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3325.

Tahap rintangan: 1.3325, 1.3360

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.0080. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 1.0080, 1.0130

Tahap sokongan: 1.0040, 1.0000

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 54.40. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 55.20.

Tahap rintangan: 55.20, 56.30

Tahap sokongan: 54.40, 53.70

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

Tahap rintangan: 1315.00, 1329.00

Tahap sokongan: 1303.00, 1292.85