15 Februari 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun melonjak selepas Johnson mengisyaratkan untuk segera mengangkat langkah penguncian.
Paunsterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama di pasaran FX berjaya memulihkan kerugian sebelumnya sementara berniat untuk memecahkan rekod tertinggi baru-baru ini selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mendedahkan bahawa dia berancang untuk melonggarkan langkah-langkah penutupan negara tidak lama lagi. Pada hari Sabtu lalu, Johnson menyatakan bahawa beliau ‘optimis’ terhadap perkembangan prospek ekonomi selepas beberapa bulan sekatan penguncian dilaksanakan dan program vaksinasi juga memainkan peranannya dengan baik. Dengan berlatarbelakang kerajaan UK yang hampir mencapai sasaran vaksinasi, jumlah jangkitan menurun dengan ketara, oleh itu langkah penutupan dirancang untuk tamat segera di mana pembukaan semula sekolah akan tetap menjadi keutamaan mereka, yang dijadualkan akan bermula pada 8 Mac. Namun, Boris Johnson memberi amaran bahawa orang-orang UK harus tetap berhati-hati terhadap virus tersebut walaupun ada beberapa tanda bahawa gelombang virus di UK sekarang hampir menamat. Selain itu, saintis juga memberi amaran bahawa UK harus berhati-hati dalam merancang strategi membuka semula ekonomi mereka kerana UK mungkin akan menghadapi gelombang virus baru yang besar jika langkah penguncian dilonggarkan dengan terlalu cepat. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD melonjak 0.19% ke 1.3870.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 1.01% ke $60.30 setong selepas penurunan stok minyak telah ditunjukkan pada minggu lalu, sementara pelan pemotongan pengeluaran minyak OPEC + yang berterusan terus menyokong harga produk komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas turun 0.09% ke $1822.70 satu troy auns di tengah pengukuhan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD President’s Day
All Day CNY Spring Festival
All Day Canada Family Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 90.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 90.00.
Tahap rintangan: 90.45, 90.75
Tahap sokongan: 90.00, 89.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3855. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya menutup di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3855, 1.3900
Tahap sokongan: 1.3800, 1.3750

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2105. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2145.
Tahap rintangan: 1.2145, 1.2180
Tahap sokongan: 1.2105, 1.2065

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 105.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 105.10, 105.65
Tahap sokongan: 104.65, 104.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7740. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.7785.
Tahap rintangan: 0.7785, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7740, 0.7670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7240.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7105

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2690. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2650.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2740
Tahap sokongan: 1.2650, 1.2610

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.8920. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.8985
Tahap sokongan: 0.8850, 0.8805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 60.15. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 60.15, 61.05
Tahap sokongan: 59.45, 58.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1825.40. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1825.40, 1839.40
Tahap sokongan: 1803.00, 1765.15