83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Mac 2021            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak di tengah Hasil Bon AS yang stabil.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama melonjak, berjaya memulihkan kerugiannya dari hari sebelumnya di tengah-tengah peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke tahap tertinggi dalam tempoh lebih dari satu tahun pada hari Jumaat yang lalu. Pada sesi dagangan terakhir, hasil perbendaharaan AS 10 tahun melonjak ke 1.635%, tahap tertinggi sejak Februari 2020, menunjukkan tanda optimisme pelabur terhadap prospek ekonomi berikutan dengan pelaksanaan pelan rangsangan pusingan baru. Pada minggu lalu, Demokrat telah mencapai kejayaan untuk meluluskan pakej bantuan coronavirus yang bernilai $ 1.9 trilion tanpa sokongan Parti Republik sebelum pakej sebelumnya berakhir. Presiden Joe Biden telah menandatangani pelan ransangan ekonomi AS ke dalam rang undang-undang segera selepas Dewan Kongress meluluskan pelan rangsangan yang dipinda. Justerunya, perbezaan antara keluk hasil 2 tahun dan 10 tahun juga meningkat sementara mencapai paras tertinggi sejak September 2015, yang dilihat sebagai tanda prospek ekonomi yang positif. Dari segi data, Michigan Consumer Sentiment AS untuk bulan Mac berada pada 83.0, lebih kuat daripada ramalan ekonomi pada 78.5, memberikan momentum kenaikan di pasaran dolar. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.01% ke 91.70.

 

Dalam komoditi tersebut, harga minyak mentah meningkat 0.79% ke $66.05 setong kerana jumlah pelantar minyak AS telah jatuh sedikit pada minggu 12 Mac. Menurut kepada Baker Hughes, Oil Rig Count AS telah menurun dari bacaan sebelumnya 310 ke 309, sedikit meningkatkan sentimen pasaran minyak. Selain itu, harga emas menyusut 0.08% ke $1726.35 setroy auns di tengah pengukuhan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 91.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 92.10.

 

Tahap rintangan: 92.10, 92.60

Tahap sokongan: 91.55, 91.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3990.

 

Tahap rintangan: 1.3990, 1.4085

Tahap sokongan: 1.3945, 1.3845

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1950. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1950, 1.2025

Tahap sokongan: 1.1890, 1.1830

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 119.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.15, 109.65

Tahap sokongan: 108.35, 107.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7730. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 0.7780, 0.7835

Tahap sokongan: 0.7730, 0.7660

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7175. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7175, 0.7225

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7075

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2485. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 1.2400.

 

Tahap rintangan: 1.2485, 1.2555

Tahap sokongan: 1.2400, 1.2340

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9280. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melantun dan menuju ke arah tahap yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 0.9370, 0.9430

Tahap sokongan: 0.9280, 0.9225

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 66.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya menutup di atas tahap rintangan di 66.10.

 

Tahap rintangan: 66.10, 67.70

Tahap sokongan: 64.55, 63.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1718.15. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1738.10.

 

Tahap rintangan: 1738.10, 1765.20

Tahap sokongan: 1718.15, 1694.30