83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 April 2020                       Analisis Sesi Tengah Hari

Dolar meningkat susulan keputusan baru-baru ini dari Trump.

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam mata wang utama telah memperoleh kembali keyakinannya semasa lewat sesi Asia pada hari Rabu susulan dengan para pelabur kembali ke pasaran yang lebih berisiko setelah keputusan Presiden AS Donald Trump baru-baru ini. Menurut kepada perkembangan terbaru, Presiden AS Donald Trump telah menyatakan bahawa dia akan membincang dengan gabenor dari semua 50 negeri untuk membuka semula ekonomi mereka pada 1 Mei. Oleh kerana jumlah kematian harian dari koronavirus di Amerika Syarikat telah menurun dengan ketara, negeri-negeri AS sudah membuat rancangan untuk membuka perniagaan semula. Di samping itu, Rizab Persekutuan A.S. telah melancarkan program kemudahan pembiayaan kertas komersial untuk menangani masalah kecairan yang disebabkan oleh kesan ekonomi dari koronavirus. Program ini juga serupa dengan program yang digunakan semasa krisis kewangan 2008 di mana bank pusat A.S. menjadi pemberi pinjaman terakhir bagi syarikat yang tidak dapat meminjam dalam pasaran jangka pendek. Justerunya, program ini juga membantu dalam menyokong permintaan dolar AS. Pada masa penulisan, indeks dolar telah menokok sebanyak 0.03% kepada 98.87.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan penurunannya dan menyusut sebanyak 0.34% ke $ 20.54 semasa penulisan berikutan dengan keraguan pasaran mengenai pemotongan pengeluaran OPEC + terus menguasai sentimen. Menurut kepada CNBC, para penganalisis menyatakan bahawa oleh kerana ramalan kejatuhan dalam permintaan antara 15 juta hingga 22 juta tong sehari pada April 2020 dan langkah-langkah OPEC hanya berlaku dari bulan Mei, isu bekalan yang berlebihan tidak dapat dielakkan dalam jangka pendek. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.15% ke $ 1723.62 se troy auns pada waktu penulisan di tengah-tengah volatiliti yang agresif telah menyebabkan sentimen risiko yang bercampuran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22:00                     CAD                                        BoC Monetary Policy Report

22:00                     CAD                                        BoC Rate Statement

23:15                     CAD                                        BOC Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM)(Mar) -0.4% -4.8%
20:30 USD – Retail Sales (MoM)(Mar) -0.5% -8.0%
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 15.177M 11.600M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 98.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 99.75, 100.75

Tahap sokongan: 98.75, 97.75

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2620. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2620, 1.2765

Tahap sokongan: 1.2435, 1.2205

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.0945. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1025, 1.1130

Tahap sokongan: 1.0945, 1.0850

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 106.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 109.05, 110.15

Tahap sokongan: 106.95, 105.65

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintagan 0.6460. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6460, 0.6640

Tahap sokongan: 0.6185, 0.5985

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6065. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6105, 0.6130

Tahap sokongan: 0.6065, 0.6030

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.4005. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.4005, 1.4245

Tahap sokongan: 1.3805, 1.3610

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9600. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9765, 0.9890

Tahap sokongan: 0.9600, 0.9495

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 20.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 31.35, 42.70

Tahap sokongan: 20.20, 12.30

 

 


GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1745.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1745.60, 1770.40

Tahap sokongan: 1698.65, 1657.80