15 April 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS telah meningkat susulan dengan data ekonomi bullish.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama telah melonjak susulan dengan pembebasan data ekonomi yang positif. Menurut kepada Census Bureau, Core Retail Sales AS untuk bulan lepas telah meningkat dengan ketara daripada bacaan terdahulu sebanyak 0.6% ke bacaan sebanyak 1.1%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 1.0%. Data ekonomi yang bullish tersebut telah mencadangkan bahawa perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat telah memulih pada suku pertama, meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh Dolar AS telah dihadkan oleh data pekerjaan negatif. Department of Labor telah melaporkan bahawa Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 185K, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 171K. Sebaliknya, nada dovish daripada Bank Pusat Eropah pada semalam telah mengurangkan daya tarikan ke atas pasangan Euro, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari rantau Eropah ke pasaran AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.46% ke 100.35.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 2.17% ke $106.48 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan peserta pasaran membuat spekulasi bahawa pelaksanaan sekatan minyak dari EU ke Rusia mungkin akan mencetuskan gangguan bekalan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.61% ke $1973.30 di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 100.50, 102.10
Tahap sokongan: 99.35, 97.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3135, 1.32000
Tahap sokongan: 1.3065, 1.2995
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0905, 1.0975
Tahap sokongan: 1.0805, 1.0690
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 126.05, 128.30
Tahap sokongan: 124.00, 121.45
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7405. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7530, 0.7660
Tahap sokongan: 0.7405, 0.7270
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.6975
Tahap sokongan: 0.6770, 0.6675
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9425, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9110
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 107.10, 111.60
Tahap sokongan: 101.50, 97.75
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1973.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1973.05, 2005.00
Tahap sokongan: 1944.55, 1912.60