15 Mei 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melonjak namun data perkerjaan suram.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama didagang dengan lebih tinggi kerana komen positif Fed mengenai kadar faedah terus meningkatkan indeks dolar, melebihi sentimen negatif yang dibebaskan oleh data pekerjaan yang lebih lemah daripada yang dijangkakan. Menurut Jabatan Tenaga Kerja, tuntutan pengangguran awal AS dibebaskan pada 2,981K, tersasar ramalan ahli ekonomi di 2,500K, menunjukkan bahawa pasaran buruh tetap rentan dan lemah di tengah kemerosotan Covid-19 terhadap ekonomi AS. Sejak awal penyeberan virus menyerang seluruh ekonomi, ekonomi AS telah merosot dengan ketara ketika menghantar ekonomi ke dalam frasa pembekuan. Wabak virus telah memaksa AS untuk melaksanakan penguncian negara, mendesak syarikat dan kilang ditutup agar dapat membatasi penyebaran virus. Akhirnya, lebih banyak orang Amerika dihendaki untuk memohon tuntutan insurans pengangguran yang dimana dapat dilihat dalam data pekerjaan baru-baru ini. Walaupun demikian, komen terbaru dari pengerusi Federal Reserve Jerome Powell masih menyokong keyakinan pelabur terhadap pasaran dolar. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.02% ke 100.25.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah naik sebanyak 0.25% ke $27.74 setong sementara pasaran komoditi hitam ini masih kekal positif selepas pemotongan minyak global bermula sementara data inventori minyak baru-baru ini menunjukkan penurunan yang tidak dijangka di AS. Selain itu, harga emasnaik 0.02% ke 1730.50 setroy auns disebabkan oleh penyusutan selera para pelabur terhadap aset yang lebih berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German GDP (QoQ)(Q1) | 0.0% | -2.2% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM)(Apr) | -4.2% | -8.6% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM)(Apr) | -8.4% | -12.0% | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Mar) | 6.882M | – | – |
| 01:00
(16hb) |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 292 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 99.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 100.85.
Tahap rintangan: 100.85, 102.90
Tahap sokongan: 99.75, 98.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnyadi 1.2215. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2305.
Tahap rintangan: 1.2305, 1.2370
Tahap sokongan: 1.2215, 1.2115

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0765. MACD yang memaparkan isyarat bearish bias momentum mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0830, 1.0940
Tahap sokongan: 1.0765, 1.0655

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 107.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 107.20.
Tahap rintangan: 107.20, 108.20
Tahap sokongan: 106.25, 105.55

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan 20 MA (Merah). MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 0.6555, 0.6705
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6180

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.5995. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6065.
Tahap rintangan: 0.6065, 0.6150
Tahap sokongan: 0.5995, 0.5945

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.4120. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3980.
Tahap rintangan: 1.4120, 1.4240
Tahap sokongan: 1.3980, 1.3855

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9750. MACD yang menunjukkan isyarat moemntum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9710.
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9795
Tahap sokongan: 0.9710, 0.9660

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 26.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yaang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 28.75.
Tahap rintangan: 28.75, 30.50
Tahap sokongan: 26.40, 23.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1738.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1726.05.
Tahap rintangan: 1738.15, 1757.60
Tahap sokongan: 1726.05, 1718.20