83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Julai 2020                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menjunam walaupun risiko global meningkat

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama gagal melanjutkan kenaikannya, malah jatuh ke tahap terendah baru-baru ini kerana para pedagang tidak terpengaruh oleh peningkatan ketegangan antara AS dan China serta pandemi juga berkembang menjadi lebih buruk. Menurut statistik terbaru, gelombang kedua novel covid-19 telah dijumpai di negara-negara seperti UK dan Jepun, sementara AS masih dihantui oleh gelombang pertama covid-19 di mana negara ini melaporkan kes virus tertinggi di dunia. Selain itu, sentimen pasaran dolar berubah menjadi lebih suram kerana ketegangan baru antara AS dan China meletakkan hubungan diplomatik masa depan mereka dalam bahaya dan tidak menentu. Tindakan balas dan kritikan baru-baru ini antara dua badan ekonomi terbesar ini adalah disebabkan oleh kebebasan sivil di Hong Kong dan tuntutan wilayah di Laut China Selatan. Di samping itu, para pelabur juga telah mengalihkan modal mereka daripada dolar AS ke mata wang lain yang terdedah kepada risiko yang lebih rendah seperti Euro kerana mereka yakin bahawa pakej rangsangan yang akan datang dapat diluluskan dan berkemungkinan tinggi memulihkan keseluruhan keadaan ekonomi Eropah. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.29% ke 96.20.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.74% ke $40.60 setong kerana simpanan minyak mentah telah turun dengan ketara. Menurut API, data Stok Simpanan Minyak Mentah AS mencatatkan bacaan sebanyak -8.322M, kejatuhan lebih besar daripada ramalan ekonomi pada -2.100M, menunjukkan bekalan melebihi telah semakin menyusut sementara pasaran masih sakit kepala terhadap kesan negatif kejatuhan virus. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1809.50 se troy auns kerana pandemi menjadi semakin teruk sementara ketidakpastian global meningkat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

11:00                     JPY                                          BoJ Outlook report (YoY)

22:00                     CAD                        BoC Monetary Policy Report

23:15                     CAD                                        BOC Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – CPI (YoY)(Jun) 0.5% 0.4%
20:30 CAD – Core CPI (MoM)(Jun) -0.1%
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 5.654M -2.098M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 96.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.90, 97.55

Tahap sokongan: 96.10, 95.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2525. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2580.

 

Tahap rintangan: 1.2580, 1.2665

Tahap sokongan: 1.2525, 1.2435

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1390. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1435.

 

Tahap rintangan: 1.1435, 1.1470

Tahap sokongan: 1.1390, 1.1360

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.95.

 

Tahap rintangan: 107.50, 107.95

Tahap sokongan: 106.95, 106.35

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan MA-20 (Merah). Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7115, 0.7295

Tahap sokongan: 0.6810, 0.6500

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6580. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6380.

 

Tahap rintangan: 0.6580, 0.6755

Tahap sokongan: 0.6480, 0.6380

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3500. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3675.

 

Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865

Tahap sokongan: 1.3500, 1.3355

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9380. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9430, 0.9475

Tahap sokongan: 0.9380, 0.9320

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 40.10. MACD yang menunjukkan isyarat momemtum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 41.35.

 

Tahap rintangan: 41.35, 43.55

Tahap sokongan: 40.10, 39.00

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1797.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1813.90.

 

Tahap rintangan: 1813.90, 1823.80

Tahap sokongan: 1797.20, 1786.25