15 November 2022 Analisis Sesi Petang
Yen Jepun merosot di tengah-tengah data GDP yang lemah.
Yen Jepun, yang didagangkan secara besar-besaran oleh pelabur global, mengalami tekanan jualan yang besar sejurus selepas data GDP suram dikeluarkan pagi ini. Menurut kepada Pejabat Kabinet Jepun, data GDP bagi suku ketiga 2022 mencapai -0.3%, jauh lebih rendah daripada ramalan konsensus pada 0.3%, mencerminkan bahawa ekonomi Jepun masih terperangkap dalam peringkat kemelesetan. Kemerosotan ekonomi yang tidak dijangka disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam mata wang yen, yang telah menjejaskan momentum pertumbuhan. Sungguhpun begitu, prospek masa depan ekonomi Jepun menjadi lebih cerah apabila pembukaan semula sempadan Jepun dijangka memacu sektor pelancongan negara itu. Dari segi lain, indeks dolar telah dirangsang oleh komen yang hawkish daripada ahli Fed – Christopher Waller. Beliau menegaskan bahawa tidak ada tanda yang menunjukkan bahawa inflasi akan terus menurun pada masa hadapan, dan masih terlalu awal untuk mengisytiharkan kemenangan dalam perjuangan menentang inflasi. Semasa penulisan, pasangan mata wang USD/JPY meningkat 0.39% ke 140.40.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun semula sebanyak 0.65% ke $86.05 setong selepas menjunam dengan ketara semalam. Baru-baru ini, kes harian Covid-19 di China meningkat dan mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap risiko penutupan. Selain itu, harga emas turun -0.01% ke $1771.05 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Sep) | 6.0% | 6.0% | – |
15:00 | GBP – Claimant Count Change (Oct) | 25.5K | – | – |
18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Nov) | -59.2 | -50.0 | – |
21:00 | USD – PPI (MoM) (Oct) | 0.4% | 0.5% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 107.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 104.85.
Tahap rintangan: 107.35, 109.00
Tahap sokongan: 104.85, 101.30
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1820. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1820, 1.2000
Tahap sokongan: 1.1635, 1.1445
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0365. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0365, 1.0475
Tahap sokongan: 1.0255, 1.0130
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 138.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 141.75.
Tahap rintangan: 141.75, 144.70
Tahap sokongan: 138.90, 136.45
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 0.6640. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6725.
Tahap rintangan: 0.6725, 0.6860
Tahap sokongan: 0.6640, 0.6530
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6105. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6105, 0.6170
Tahap sokongan: 0.6025, 0.5930
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3265. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3400.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3505
Tahap sokongan: 1.3265, 1.3155
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9405. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9530.
Tahap rintangan: 0.9530, 0.9625
Tahap sokongan: 0.9405, 0.9310
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 84.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 86.05, 87.40
Tahap sokongan: 84.35, 82.65
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 1766.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1805.90.
Tahap rintangan: 1805.90, 1850.95
Tahap sokongan: 1766.50, 1726.15