15 December 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie jatuh susulan data China yang lemah, ketegangan A.S-China.
Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal ditekan dan jatuh susulan dengan kelemahan daripada data ekonomi China dan juga ketegangan yang semakin meningkat antara A.S. dan China. Menurut kepada Biro Perangkaan Kebangsaan China, data Retail Salest China hanya berkembang sebanyak 3.9%, lebih perlahan daripada jangkaan pasaran sebanyak 4.6. Selain itu, jualan dalam talian bagi barangan fizikal juga jatuh kepada 13.2% berbanding dengan bacaan Oktober sebanyak 14.6%. Kelemahan ini kebanyakannya adalah disebabkan oleh peningkatan kes Covid-19 yang mencecah 21 wilayah dan menyebabkan para pengguna lebih berhati-hati. Selain itu, ketegangan yang semakin meningkat antara A.S. dan China membebankan selanjutnya sentimen. Menurut kepada Bloomberg, Dewan Perwakilan A.S. telah mengundi untuk meluluskan rang undang-undang yang akan mengharamkan barangan yang dikeluarkan oleh buruh paksa dari wilayah Xinjiang China. Langkah tersebut boleh menjejaskan lagi hubungan antara dua ekonomi terbesar di dunia ini. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.04% kepada 0.7108.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh sebanyak 0.50% kepada $68.91 setong semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan terhadap bekalan yang berlebihan. Menurut kepada laporan, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyatakan bahawa peningkatan kes Covid-19 bersama-sama dengan penemuan Omicron berkemungkinan akan menjejaskan permintaan bahan api global dan pengeluaran minyak mentah juga dijangka akan meningkat. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.02% kepada $1770.49 se troy auns pada masa penulisan berikutan kekuatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
3:00 (16hb) USD FOMC Economic Projections
3:00 (16hb) USD FOMC Statement
3:30 (16hb) USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari In
Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | GBP – CPI (YoY) (Nov) | 4.20% | 4.70% | – |
21:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Nov) | 1.70% | 1.00% | – |
21:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Nov) | 1.70% | 0.80% | – |
21:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Nov) | 0.60% | – | – |
23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -0.240M | – | – |
3:00 (16hb) |
USD – Fed Interest Rate Decision | 0.25% | 0.25% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 96.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 96.85.
Tahap rintangan: 96.85, 97.60
Tahap sokongan: 96.35, 95.70
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3190. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3055
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1260. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1355, 1.1455
Tahap sokongan: 1.1260, 1.1170
USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 113.80. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 112.75.
Tahap rintangan: 113.80, 114.60
Tahap sokongan: 112.75, 112.00
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7095. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7175, 0.7260
Tahap sokongan: 0.7095, 0.7005
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6725. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6815, 0.6905
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6630
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2865. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.2735.
Tahap rintangan: 1.3865, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2735, 1.2615
USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9250. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9250, 0.9320
Tahap sokongan: 0.9170, 0.9105
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 68.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum beairsh yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 72.70, 75.25
Tahap sokongan: 68.90, 65.25
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1763.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1787.75, 1806.80
Tahap sokongan: 1763.05, 1744.00