83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Januari 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

 

Adakah Brexit bakal dibatalkan?

Pound sterling telah didagang secara berayun pada awal pagi tadi selepas perjanjian Brexit yang dikemukakan oleh Perdana Menteri UK Theresa May telah ditolak oleh Parlimen. Seawalnya, sterling menjunam lebih daripada 1.82% ke paras rendah seminggu sebelum ia melantun dan berlegar berhampiran 1.2849 semasa sesi perdagangan Asia. Di dalam undian yang dinanti-nantikan oleh para pelabur, perjanjian Brexit May telah menerima 202 undian menyokong, 432 undian membantah dan 118 tiada undian dari pembangkang di dalam parti Konservatif. Susulan dengan undian tersebut, pemimpin parti Buruh Jeremy Corbyn telah mengemukakan undian “Tiada Keyakinan” ke atas kerajaan dan ia berkemungkinan untuk mencetuskan pilihanraya umum. Untuk setakat ini, pasaran kewangan sedang membuat spekulasi ke atas dua kemungkinan: menangguhkan tarikh Brexit 29hb Mac atau mengadakan referendum kali kedua yang berkemungkinan untuk membatalkan Brexit. Kerajaan May diperlukan untuk mengemukakan jalan penyelesaian pada 21hb Januari. Pada masa yang sama, dolar AS menerima pergerakan yang seiras dengan sterling akibat daripada momentum pasaran yang besar. Indeks dolar melonjak ke paras tinggi seminggu sebelum menyusut dan berlegar di paras 95.50.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berundur sebanyak 0.40% ke $51.77 setong. Harga komoditi ini telah didagang dengan momentum yang besar bagi beberapa minggu yang lepas berikutan dengan isyarat yang bercampuran di dalam pasaran. Faktor tersebut merangkumi penyusutan aktiviti penggerudian minyak di AS serta kemungkinan kemelesetan ekonomi yang dialami oleh China. Sementara itu, harga emas berlegar di paras $1,290.06 se troy auns sementara para pelabur meninjau risiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

17:15                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German CPI (YoY) (Dec) 0.1% 0.1%
17:30 GBP – CPI (YoY) (Dec) 2.3% 2.1%
21:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) 0.2% 0.1%
21:30 USD – Retail Sales (MoM) (Dec) 0.2% 0.2%
23:00 USD – Business Inventories (MoM) (Nov) 0.6% 0.3%
23:30 CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories -1.680M -1.323M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 95.80. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 95.80, 96.15

Tahap sokongan: 95.50, 95.25

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).

Tahap rintangan: 1.2860, 1.2910

Tahap sokongan: 1.2800, 1.2755

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1420. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.1380.

Tahap rintangan: 1.1420, 1.1450

Tahap sokongan: 1.1380, 1.1330

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 108.70. MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 108.40.

Tahap rintangan: 108.70, 109.00

Tahap sokongan: 108.40, 108.05

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas segi tiga menurun. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.7180.

Tahap rintangan: 0.7220, 0.7255

Tahap sokongan: 0.7180, 0.7145

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek.

Tahap rintangan: 0.6840, 0.6890

Tahap sokongan: 0.6780, 0.6710

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3260. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3290.

Tahap rintangan: 1.3290, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3260, 1.3230

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.9905.

Tahap rintangan: 0.9905, 0.9950

Tahap sokongan: 0.9835, 0.9790

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 51.50. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 51.50.

Tahap rintangan: 52.75, 54.10

Tahap sokongan: 51.50, 50.50

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1287.20. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat melantun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke paras atas saluran.

Tahap rintangan: 1297.00, 1303.00

Tahap sokongan: 1287.20, 1284.35