16 Februari 2021 Analisis Sesi Petang
Paun melanjutkan keuntungannya susulan optimisme terhadap vaksin.
Semasa sesi Asia lewat, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain terus meningkat kerana optimisme yang semakin meningkat terhadap pelancaran vaksin dan pembukaan semula ekonomi. Mengikuti laporan terbaru, U.K telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh sendiri dalam vaksinasi untuk empat kumpulan yang paling berisiko pada pertengahan Februari. Pada hari Isnin, lebih daripada 15.3 juta orang kini telah menerima vaksinasi pertama mereka, hampir satu perempat dari semua orang dewasa di UK telah diberi vaksin. Selain itu, jangkitan baru yang dilaporkan juga terus menurun dan jumlah kematian harian juga menurun dan stabil pada lingkungan selama beberapa hari yang lalu. Kerajaan UK juga meramalkan bahawa jumlah pesakit COVID-19 akan berkurang kepada separuh pada bulan depan. Berdasarkan dengan optimisme tersebut, para pelabur kini menjangkakan bahawa ekonomi UK akan dibuka semula dan pulih, justerunya mendorong permintaan untuk paun sterling dan nilainya dengan lebih tinggi. Pada masa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.33% kepada $ 1.3946
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.33% kepada $ 1.3948 setong susulan dengan penutupan kilang di Texas yang merupakan negara pengeluar minyak mentah terbesar di AS disebabkan oleh cuaca sejuk. Menurut kepada laporan, pembekuan dalam yang jarang berlaku menyebabkan pembekal tenaga elektrik negeri itu mengenakan pemadaman yang berputar dan meninggalkan hampir 3 juta kediaman dan perniagaan tanpa bekalan elektrik. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.11% kepada $ 1824.02 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CNY Spring Festival
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Feb) | 61.8 | 59.6 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 90.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 90.00.
Tahap rintangan: 90.40, 90.85
Tahap sokongan: 90.00, 89.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3855. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3985.
Tahap rintangan: 1.3985, 1.4085
Tahap sokongan: 1.3855, 1.3775

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2150. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2150, 1.2215
Tahap sokongan: 1.2065, 1.2010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 105.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 105.65, 106.00
Tahap sokongan: 105.15, 104.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7765. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7865.
Tahap rintangan: 0.7865, 0.7940
Tahap sokongan: 0.7765, 0.7670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7255. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7255, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7110

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2610. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2540

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.8915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8845.
Tahap rintangan: 0.8915, 0.8980
Tahap sokongan: 0.8845, 0.8775

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 60.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 61.20, 62.00
Tahap sokongan: 60.00, 58.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1819.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1830.25.
Tahap rintangan: 1830.25, 1840.65
Tahap sokongan: 1819.60, 1806.45