83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Mac 2023                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak apabila Credit Suisse mencetuskan kebimbangan pasaran.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, pulih daripada penjualan besar yang bermula sejak Rabu lepas apabila Credit Suisse mencetuskan kebimbangan pelabur terhadap sektor bank Eropah selepas penutupan SVB di AS. Pada awal sesi dagangan Eropah, sektor perbankan jatuh mendadak secara keseluruhan, diterajui oleh Credit Suisse. Sehari yang lalu, Credit Suisse mengakui bahawa laporan kewangannya mempunyai ‘masalah yang besar’,  dan menekankan bahawa kumpulan itu gagal mengenal pasti potensi risiko kepada penyata kewangan. Sebelum pendedahan itu, pihak bank telah menangguhkan penerbitan laporan tahunan itu. Pada hakikatnya, berita yang mengenai laporan kewangan Credit Suisse tidak mencetuskan penjualan besar dalam pasaran. Tetapi, pasaran saham Eropah jatuh dengan mendadak selepas pelabur terbesar – Bank Negara Saudi (SNB) mendedahkan hari ini ia tidak akan membeli lebih banyak saham dalam bank tersebut atas alasan kawal selia. Sehingga kini, SNB memegang saham sebanyak 9.88% dalam Credit Suisse. Lebih daripada 10% pegangan saham oleh SNB akan menyebabkan SNB dihendaki mengikuti sesiri peraturan baharu, sama ada daripada pengawal selia Saudi, pengawal selia Eropah atau pengawal selia Switzerland. Dengan prospek tiada lagi wang tunai tambahan akan disumbangkan oleh penyokong terbesar, kebimbangan pasaran terhadap sektor perbankan di pasaran Eropah semakin memuncak, menggesa pelabur untuk lari daripada pasaran kewangan euro. Sehingga berita ini ditulis, indeks dolar meningkat 1.11% ke 104.75.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -4.55% ke $68.30 setong kerana kegawatan perbankan yang diperbaharui di Eropah menjejaskan lagi prospek permintaan minyak. Selain itu, harga emas melonjak sebanyak 0.10% kepada $1920.25 setiap troy auns berikutan peningkatan kebimbangan terhadap sektor perbankan di seluruh dunia.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:15                     EUR                                        ECB Monetary Policy Statement

21:45                     EUR                                        ECB Press Conference

23:15                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Building Permits (Feb) 1.339M 1.340M
20:30 USD – Initial Jobless Claims 211K 205K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Mar) -24.3 -15.6
21:15 EUR – Deposit Facility Rate (Mar) 2.50% 3.00%
21:15 EUR – ECB Marginal Lending Facility 3.25%
21:15 EUR – ECB Interest Rate Decision (Mar) 3.00% 3.50%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2105. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2200, 1.2345

Tahap sokongan: 1.2105, 1.1940

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0575. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0665, 1.0770

Tahap sokongan: 1.0575, 1.0445

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 133.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 135.20, 136.30

Tahap sokongan: 133.05, 130.70

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6675. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6565.

 

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6785

Tahap sokongan: 0.6565, 0.6425

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6150. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3730. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3730, 1.3830

Tahap sokongan: 1.3635, 1.3565

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9325. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9325, 0.9475

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9070

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 66.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 71.65, 76.10

Tahap sokongan: 66.10, 61.45

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1900.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1944.60.

 

Tahap rintangan: 1944.60, 1985.90

Tahap sokongan: 1900.00, 1884.00