83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Mac 2023                        Analisis Sesi Petang

 

Aussie melonjak susulan data ekonomi yang positive.

Dolar Aussie, yang merupakan salah satu mata wang yang paling banyak didagangkan, melonjak selepas data ekonomi positif dikeluarkan. Perubahan pekerjaan Feb meningkat secara positif daripada -11.0k ke 64.6k, berbanding dengan jangkaan pasaran 48.5k. Menurut kepada data buruh yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Australia (ABS), kadar pengangguran Australia berkurangan sedikit sebanyak 0.2% ke 3.5%, mencatat kadar pengangguran terendah sejak 1970-an. Kedua-dua data memberi ruang yang mencukupi kepada Bank Rizab Australia (RBA) untuk meningkatkan kadar faedah dengan lebih lanjut, walaupun Gabenor Philip Lowe telah memberi isyarat bahawa beliau ingin memberhentikan kenaikan kadar faedah. Data buruh yang positif telah menyokong harga AUD/USD, kerana pelabur menjangkakan perbelanjaan pengguna yang kukuh akan terus  mengekalkan kadar inflasi secara stabil pada tahap yang lebih tinggi, dan RBA akan terus menaikkan kadar untuk mengawal inflasi yang tinggi. Selain itu, Aussie juga mendapat manfaat daripada rakan dagangan terbesarnya China, selepas China mengeluarkan data ekonomi yang positif. Di China, pelaburan aset melonjak kepada 5.5%, menunjukkan peningkatan ketara dalam pelaburan projek pembinaan. Data optimistik memberikan sokongan kepada dolar Aussie dengan latar belakang eksport komoditi yang tinggi. Sehingga penulisan, AUD/USD didagangkan dengan lebih tinggi sebanyak 0.30% ke $0.6635.

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.87% ke $68.19 setong selepas Credit Suisse mendapat bantuan daripada bank pusat Switzerland sebanyak $54 bilion. Selain itu, harga emas didagangkan dengan lebih rendah sebanyak -0.39% ke $1923.65 setiap troy auns berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan yang mendadak baru-baru ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:15                     EUR                      ECB Monetary Policy Statement

21:45                     EUR                      ECB Press Conference

23:15                     EUR                      ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Building Permits (Feb) 1.339M 1.340M
20:30 USD – Initial Jobless Claims 211K 205K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Mar) -24.3 -15.6
21:15 EUR – Deposit Facility Rate (Mar) 2.50% 3.00%
21:15 EUR – ECB Marginal Lending Facility 3.25%
21:15 EUR – ECB Interest Rate Decision (Mar) 3.00% 3.50%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan sebelumnya di 104.45. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 104.45, 105.85

Tahap sokongan: 103.00, 101.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 1.2010. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2145

 

Tahap rintangan: 1.2145, 1.2300

Tahap sokongan: 1.2010, 1.1900

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0635.

 

Tahap rintangan: 1.0635, 1.0790

Tahap sokongan: 1.0505, 1.0360

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 132.30.

 

Tahap rintangan: 134.60, 136.30

Tahap sokongan: 132.30, 130.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 0.6685, 0.6775

Tahap sokongan: 0.6600, 0.6525

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6195. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6120.

 

Tahap rintangan: 0.6195, 0.6265

Tahap sokongan: 0.6120, 0.6050

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3785. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3685.

 

Tahap rintangan: 1.3785, 1.3880

Tahap sokongan: 1.3685, 1.3600

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9285. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9390.

 

Tahap rintangan: 0.9390, 0.9495

Tahap sokongan: 0.9285, 0.9180

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 68.30. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 68.30, 70.65

Tahap sokongan: 66.05, 63.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1900.20.

 

Tahap rintangan: 1926.70, 1954.90

Tahap sokongan: 1900.20, 1876.90