16 April 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: April 16 – 20
Kajian Pasaran (Forex): April 9 – 13
Dolar A.S.
Dolar AS telah memulih sedikit semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat yang lalu namun kenaikannya kekal terhad susulan dengan data ekonomi yang suram serta ketegangan perdagangan diantara Amerika Syarikat dan China yang makin meningkat. Indeks dolar menokok sedikit sebanyak 0.02% dan menutup minggu lalu di paras 89.77.
Dari segi ekonomi, US Labor Department telah melaporkan bahawa data Job Openings and Labor Turnover telah tersasar daripada ramalan dengan hanya 6 juta berbanding dengan 6.11 juta bagi bulan Februari. Selain itu, University of Michigan telah melaporkan bahawa indeks sentimen para pengguna telah susut bagi bulan lalu ke paras terendah di dalam tempoh tiga bulan dengan 97.8 berbanding 100.6. Penyusutan tersebut memaparkan optimisme yang makin menyusut di dalam kalangan para pengguna terhadap perkembangan ekonomi AS bagi jangka panjang.
Dari aspek global, White House telah dilaporkan sedang bergiat untuk meningkatkan tekanan perdagangan ke atas China dengan mengancam untuk melarang pelaburan teknologi negara tersebut ke dalam AS. Selain itu, pentadbiran Trump bakal melepaskan butiran yang lebih lanjut mengenai senarai barangan import China yang bakal tertakluk kepada tarif 25%. Ketegangan yang makin meningkat diantara dua ekonomi yang terbesar di dunia tidak akan membawa kepada sebarang manfaat dan ia boleh menekan perkembangan ekonomi global serta mengubah trend perdagangan dunia.
Namun, kerugian yang dialami oleh mata wang tersebut telah dikurangkan berlatarbelakangkan optimisme yang telah dipaparkan melalui minit mesyuarat FOMC bagi bulan Mac. Menurut kepada beberapa ahli penggubal dasar, mereka mempercayai bahawa ekonomi AS bakal mengukuh bagi tempoh masa yang akan datang dan kadar inflasi bakal mencapai sasaran mereka iaitu 2%. Namun, mereka menegaskan bahawa kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan sebanyak 3 kali sahaja bagi tahun ini.
JOLTS Job Openings

—– Ramalan
Bilangan pekerjaan yang ditawarkan adalah sebanyak 6.05 juta bagi bulan Februari.
US Consumer Sentiment

—– Ramalan
Keyakinan pengguna susut dari paras 101.4 ke 97.8 bagi bulan April.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.09% ke paras 107.41.
EUR/USD
EUR/USD memulih sedikit sebanyak 0.02% ke $1.2330. Mata wang tunggal tersebut telah menerima tekanan susulan dengan pembebasan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah pada hari Khamis lalu yang memaparkan kebimbangan ahli penggubal dasar ke atas risiko perang perdagangan berskala besar serta potensi negatif dari kekukuhan mata wang Euro.
GBP/USD
Pound sterling telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.08% ke $1.4239 berbanding dengan dolar AS.
Kajian Pasaran (Komoditi): April 9 – 13
GOLD
Komoditi aset selamat – emas telah menerima permintaan yang lebih tinggi pada hari Jumaat yang lalu susulan dengan ketegangan geopolitik dan kemungkinan perang perdagangan diantara AS-China telah mencetuskan penghindaran risiko yang lebih tinggi di dalam pasaran. Harga emas telah meningkat sebanyak $10.37 atau 0.78% dan disebut harga berdekatan dengan $1,345.46 se troy auns pada lewat sesi Jumaat.
Seawalnya, White House telah mengumumkan pelan mereka untuk meningkatkan tekanan perdagangan ke atas China dan ia boleh mencetuskan perang perdagangan diantara dua ekonomi yang terbesar tersebut. Selain itu, permintaan aset selamat telah disokong dengan lebih lanjut selepas Rusia mendakwa United Kingdom dalam mementaskan laporan serangan senjata kimia di Syria.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya pada hari Jumaat yang lalu berlatarbelakangkan ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan inventori global yang memaparkan penyusutan telah mengurangkan kebimbangan para pelabur ke atas pembekalan yang makin meningkat di AS. Harga minyak mentah mencatat keuntungan sebanyak 0.28% dan disebut harga berhampiran $67.31 setong.
Menurut kepada laporan bulanan yang dibebaskan oleh International Energy Agency (IEA), data memaparkan bahawa kelebihan stok global telah berkurang sebanyak sembilan per sepuluh sejak awal tahun 2017 susulan dengan perlaksanaan pembekuan paras pengeluaran dan permintaan yang makin meningkat. Pelan pembekuan yang telah dilaksanakan oleh beberapa ahli dan bukan ahli OPEC bakal luput pada akhir tahun ini. Namun, para peserta pasaran membuat spekulasi bahawa ia berkemungkinan untuk dilanjutkan sehingga tahun depan dan inisiatif ini berkemungkinan untuk dibincangkan apabila mereka bertemu pada bulan Jun nanti.
Selain itu, harga minyak mentah telah disokong dengan lebih lanjut oleh ketegangan geopolitik diantara AS dan Syria pada awal minggu ini selepas Presiden AS Donald Trump mengancam untuk melancarkan peluru berpandu bagi bertindak balas ke atas serangan kimia yang dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pemberontak. Serangan ke atas Syria boleh menganggu pembekalan minyak dan secara langsung mengurangkan tekanan ke atas kelebihan stok global.
Pandangan Mingguan: April 16 – 20
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi utama seperti CPI dan laporan pekerjaan yang bakal dibebaskan oleh United Kingdom dan EU. Selain itu, pembebasan laporan jualan runcit oleh AS juga akan dipantau bagi melihat trend perbelanjaan pengguna yang boleh mendorong kepada tekanan inflasi bagi rantau tersebut.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: April 16 – 20
| Isnin, April 16 |
Data CHF – PPI (MoM) (Mar) USD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) USD – Retail Sales (MoM) (Mar) USD – NY Empire State Manufacturing Index (Apr) USD – Business Inventories (MoM) (Feb)
Acara N/A
|
| Selasa, April 17 |
Data CNY – GDP (YoY) (Q1) CNY – Industrial Production (YoY) (Mar) JPY – Industrial Production (MoM) (Feb) GBP – Average Earnings Index +Bonus (Feb) GBP – Claimant Count Change (Mar) GBP – Employment Change 3M/3M (MoM) GBP – Unemployment Rate (Feb) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Apr) USD – Building Permits (Mar) USD – Housing Starts (Mar) CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Feb) USD – Industrial Production (MoM) (Mar)
Acara USD – FOMC Member Bostic Speaks AUD – RBA Meeting Minutes USD – FOMC Member Williams Speaks USD – FOMC Member Quarles Speaks
|
| Rabu, April 18 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock JPY – Trade Balance (Mar) GBP – CPI (YoY) (Mar) EUR – CPI (YoY) (Mar) CAD – BoC Interest Rate Decision CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara CAD – BoC Rate Statement CAD – BoC Monetary Policy Report
|
| Khamis, April 19 |
Data NZD – CPI (QoQ) (Q1) AUD – Employment Change (Mar) AUD – Unemployment Rate (Mar) GBP – Retail Sales (MoM) (Mar) USD – Initial Jobless Claims USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) USD – Philly Fed Employment (Apr) CAD – ADP Nonfarm Employment Change
Acara USD – FOMC Member Dudley Speaks USD – FOMC Member Quarles Speaks
|
|
Jumaat, April 20
|
Data JPY – Tertiary Industry Activity Index (MoM) EUR – German PPI (MoM) (Mar) CAD – Core CPI (MoM) (Mar) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Feb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara USD – FOMC Member Mester Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: April 16 – 20
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran sisi sementara ia telah berundur dari tahap rintangan kukuh iaitu 90.00 baru-baur ini. Kedua-dua garisan MA yang mula untuk melebar ke bawah mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya pada jangka pendek selepas ia memecahkan tahap sokongan di 89.40.
Tahap rintangan: 90.00, 90.65
Tahap sokongan: 89.40, 88.40
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji di tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.4240. Petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Namun, pemecahan pada tahap tersebut bakal mencadangkan lanjutan pada bias bullish.
Tahap rintangan: 1.4240, 1.4430
Tahap sokongan: 1.4000, 1.3800
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau). Kedua-dua garisan MA dan MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 108.40.
Tahap rintangan: 108.40, 109.70
Tahap sokongan: 105.95, 105.45
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD masih menerima tekanan selepas ia berundur dari paras tengah saluran sisi tersebut. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran dari paras overbought mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya sekiranya ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.2340, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2200, 1.2000
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi sementara ia telah melantun dari garisan 20-MA (merah) baru-baru ini. Pergerakan harga tersebut mencadangkan bias bullish bagi jangka pendek untuk harga emas melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 1353.70. Namun, arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas pemecahan berlaku di salah satu sisinya.
Tahap rintangan: 1353.70, 1366.00
Tahap sokongan: 1340.00, 1325.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit sementara ia telah berundur dari paras atasnya baru-baru ini. Penyusutan pada momentum menaik dari MACD histogram mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas ia memecahkan tahap sokongan di 66.30.
Tahap rintangan: 69.10, 71.50
Tahap sokongan: 66.30, 63.75