83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 April 2020                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak susulan dengan peningkatan kebimbangan pasaran terhadap virus.

 

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama meningkat di tengah kebimbangan pasaran yang semakin tinggi terhadap kesan negatif daripada wabak coronavirus, sambil mempercayai bahawa kerosakan sepenuhnya akan dilanjutkan sehingga jangka waktu yang lebih lama. Sehingga hari ini, kes-kes yang disahkan virus di dunial telah mencatat rekod baru sebanyak 2 juta, dan jumlah kematian meningkat ke hampir 130,000 orang. Dalam bayangan pandemi virus, ekonomi global telah merosot dengan ketara sementara tidak ada satu pun negara yang dapat melarikan diri daripada virus ini. Oleh itu, pakar pasaran kini terpaksa menurunkan ramalan mereka terhadap pertumbuhan GDP global terhadap tahun-tahun yang akan datang ini. Walaupun begitu, keuntungan indeks dolar telah dihadkan selepas data jualan runcit AS dibebaskan. Pada bulan Mac, data retail sales AS mencecah bacaan sebanyak -8.7%, lebih rendah daripada ramalan ahli ekonomi pada -8.0%, menunjukkan bahawa ekonomi AS telah dipengaruhi oleh Coronavirus dengan serius. Selain itu, aktiviti perindustrian AS juga merosot secara kritis yang dimana telah ditunjukkan dalam data Industrial Production AS yang suram, dan bacaan sebenarnya adalah -5.4% berbanding dengan ramalan ekonomis -4.0%. Semasa penulisan indeks dolar meningkat sebanyak 0.68% ke 99.55.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.01% ke $20.00 setong selepas data inventori AS menunjukkan peningkatan yang ketara. Menurut kepada data EIA, inventori minyak mentah AS dibebaskan pada bacaan sebanyak 19.248M, lebih tinggi dairpada ramalan ahli ekonomi iaitu 11.676M. Selain itu, harga emas mencatat kerugian sebanyak 0.02% ke $1713.30 susulan dengan kekukuhan pasaran mata wang dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:00                     CrudeOIL                               OPEC Monthly Report

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Apr) 86.1
20:30 USD – Building Permits (Mar) 1.452M 1.300M
20:30 USD – Initial Jobless Claims 6,606K 5,105K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) -12.7 -30.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 99.80.

 

Tahap rintangan: 99.80, 101.20

Tahap sokongan: 98.30, 97.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas melantun dari tahap sokongan di 1.2470. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.2605, 1.2750

Tahap sokongan: 1.2475, 1.2340

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah garisan aliran meningkat. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0830.

 

Tahap rintangan: 1.0940, 1.1025

Tahap sokongan: 1.0830, 1.0765

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 107.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.70, 108.55

Tahap sokongan: 107.00, 106.30

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6460. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6180.

 

Tahap rintangan: 0.6460, 0.6705

Tahap sokongan: 0.6180, 0.5975

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sleepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.5995. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5925.

 

Tahap rintangan: 0.5995, 0.6055

Tahap sokongan: 0.5925, 0.5850

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 1.4105. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.4240.

 

Tahap rintangan: 1.4240, 1.4390

Tahap sokongan: 1.4105, 1.3980

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 0.9650. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9685.

 

Tahap rintangan: 0.9685, 0.9745

Tahap sokongan: 0.9650, 0.9570

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata berhampiran tahap sokongan di 20.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 21.80, 23.75

Tahap sokongan: 20.15, 17.50

 

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan MA 50 (Biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 1722.15, 1746.05

Tahap sokongan: 1700.15, 1683.50